CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datuk Mana Kena Tahan Polis Sebab Gaduh Di Bar?

27-11-2020 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9122| Komen: 23

Seramai 19 lelaki ditahan termasuk seorang lelaki dipercayai berpangkat Datuk serta seorang koperal polis selepas terbabit dalam pergaduhan di sebuah pub di Jalan Puchong, di sini, kelmarin.


Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan berlaku pergaduhan di lokasi terbabit, jam 11.20 malam.

Kredit foto: Harian Metro
"Sepasukan anggota polis yang bergegas ke lokasi kemudian menahan 19 lelaki berusia antara 38 hingga 59 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu termasuk seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Datuk serta seorang koperal polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

"Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada kekecohan yang tercetus selepas sekumpulan lelaki yang datang ke pub berkenaan untuk berhibur, namun premis terbabit sudah tutup.


"Seorang koperal polis yang kebetulan berada di lokasi untuk mendapatkan maklumat berkaitan satu kes kebakaran kereta di tempat itu sebelum ini cuba meleraikan kekecohan itu, namun ia bertukar menjadi pergaduhan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, Anuar berkata, pihaknya masih menyiasat punca sebenar pergaduhan itu.

"Kejadian itu menyebabkan seorang daripada 19 suspek yang ditahan cedera di bahagian muka dipercayai akibat dipukul.

"Semua suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.

Terdahulu, satu hantaran berserta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi dua minit 24 saat menunjukkan pergaduhan di antara sekumpulan lelaki tular di media sosial, hari ini.

Hantaran di media sosial itu juga mendakwa seorang lelaki dipercayai berpangkat Datuk memukul seorang anggota polis dalam kejadian itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 27-11-2020 12:28 PM
Datuk taik kucing je tu. Budget hebat dengan darjah gelaran yang dibeli.
Quote hatikudus 27-11-2020 01:06 PM
Bahana bg gelaran kpd yg bukan layak...bersepahlah merata buat perangai tak senonoh...
Quote renko 27-11-2020 01:17 PM
datuk estet
Quote Syd 27-11-2020 01:20 PM
Dato Suresh, Puchong
Quote Syd 27-11-2020 01:34 PM
[fbp]https://www.facebook.com/syd.syed.5/videos/1090133604790994[/fbp]

nah layannn laa
Quote kakikuDibibirmu 27-11-2020 01:37 PM
Jalan-jalan dekat KL baling sepuluh batu mesti kena kepala seorang datuk
Quote Tinot7 27-11-2020 01:40 PM
ini dato samseng ka??? tak tau pula ada pub yg buka. kalau buka pun, bkn ke semua premis kena tutup pada pukul 10 mlm?

"Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada kekecohan yang tercetus selepas sekumpulan lelaki yang datang ke pub berkenaan untuk berhibur, namun premis terbabit sudah tutup.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan berlaku pergaduhan di lokasi terbabit, jam 11.20 malam.
Quote missus_meow 27-11-2020 01:41 PM
beria btau dia datuk ....
Quote Buritan 27-11-2020 01:43 PM
Syd replied at 27-11-2020 01:20 PM
Dato Suresh, Puchong

Datuk suresh ni sapa.. aku cume kenai joe biden.. donald trump... nytahyahyu.. macron... datuk ape ni. Muka ala ala anglat tong jahh dpt datuk
Quote Syd 27-11-2020 01:48 PM
Buritan replied at 27-11-2020 01:43 PM
Datuk suresh ni sapa.. aku cume kenai joe biden.. donald trump... nytahyahyu.. macron... datuk ape ...

otai ni boss

ni ramai orang kenal
Quote Buritan 27-11-2020 01:51 PM
Syd replied at 27-11-2020 01:48 PM
otai ni boss

ni ramai orang kenal

Tatap tak kenal.. hahaha.. kiranya aku ni level betul betul high baru aku kenai.. hahaha
Quote Belibis 27-11-2020 02:06 PM
Badan bagak macam beruk lesnar.masak la kena smackdown.
Quote saviour_09 27-11-2020 03:09 PM
malu la nak angkat muka

kena tolak2 tunjal2 je dgn dato padayapa

sidai la baju tu cik

Quote Gomea 27-11-2020 03:20 PM
La, gaduh amenda macam tu? Ingatkan bertumbuk sepak terajang. Ni main tolak2 macam tu je. Baru nak tgk drama tamil
Quote gadget 27-11-2020 03:39 PM
datuk low kelas mana ni...malas nak pikir
Quote sharlenetexas 27-11-2020 04:38 PM
Syd replied at 27-11-2020 01:34 PM
nah layannn laa

Macam cite tamil.
Quote Yunbin 27-11-2020 05:41 PM
Musim kobid pon tak reti nak duduk rumah datuk ni..
Quote Normabaru 27-11-2020 06:24 PM
Jap nk tny..

Mmg kelab malam dh blh beroperasi mcm biasa ek?
Quote Centurion 27-11-2020 06:35 PM
Syd replied at 27-11-2020 01:34 PM
nah layannn laa

Camtu je ke gaduhnya? Ingatkan ada la aksi ala2 filem tamil

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.152586 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top