CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiz Zaqyah Tak Dapat Bayangkan Jika Ditakdirkan Hidup Berpoligami

27-11-2020 11:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8983| Komen: 46

Menjengah usia 32 tahun, pelakon, Tiz Zaqyah tidak menafikan sentiasa berdepan dengan persoalan mengenai perkahwinan dan rumah tangga.

Terbaharu, Tiz kini membintangi drama berjudul Isteri Misteri yang mengisahkan pasangan suami isteri berhadapan masalah rumah tangga, termasuk situasi poligami.


Ditanya mengenai poligami dan pendapatnya secara peribadi, Tiz menganggap apa juga yang berlaku berkaitan jodoh seseorang itu adalah ketentuan takdir.

Foto: IG

"Apa yang boleh saya katakan, jodoh itu ketentuan Tuhan. Kadang-kadang, apa yang kita tak mahu, itulah yang akan kita dapat. Begitu juga sebaliknya," katanya.

Ditanya sama ada dia mampu menerima tanggungjawab sebagai isteri yang suaminya berpoligami jika ditakdirkan, Tiz belum mempunyai jawapan konkrit untuk diberi.



"Saya pun belum berumah tangga, jadi rasanya saya tak mampu memberikan jawapan yang tepat dan spesifik. Cuma, saya tak boleh bayangkan kalau ia berlaku kepada diri saya," katanya.

Ditanya mengenai drama bersiri hasil kerja sama antara Viu dan Primeworks itu, Tiz berkata, ia adalah satu karya yang ringan namun memiliki mesej tersendiri buat penonton.

"Poligami adalah satu isu yang berat. Jadi, kerana konsep drama ini adalah komedi dan juga romantik, isu itu dilembutkan atau diringankan buat paparan penonton," katanya.


Berkongsi mengenai proses penggambaran drama bersiri itu, Tiz tidak menafikan norma baharu menjadi pengalaman baharu buat dirinya sebagai pelakon.

"Saya terima tawaran ini kerana tertarik dengan barisan pelakon yang membintangi drama Isteri Misteri. Kebanyakan mereka adalah dalam kalangan rakan-rakan saya, termasuklah pengarah dan kru produksi.

"Dari segi penggambaran, banyak perbezaan yang saya rasakan berbanding sebelum ini kerana kita sekarang menjalani proses norma baharu," katanya.

Walaupun perlu mengikuti pelbagai prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, itu tidak menjadi masalah buat Tiz.

"Sebagai pelakon, menjadi tanggungjawab kita untuk mengikut SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Ini penting untuk memastikan tidak berlaku sebarang penularan wabak Covid-19 ketika sedang menjalani penggambaran.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan kini, drama Isteri Misteri akan mula ditayangkan di TV dan juga di platform Viu," katanya.

Selain Tiz, Isteri Misteri juga turut dibintangi barisan pelakon hebat lain antaranya Sharnaaz Ahmad, Azira Syafinaz, Sharifah Sakinah, Azar Azmi dan ramai lagi.

Sehubungan itu, Isteri Misteri adalah drama 10 episod yang ditayangkan pada setiap Rabu dan Khamis, jam 6 petang di TV3, manakala di platform Viu pula akan disiarkan pada jam 7 malam. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 27-11-2020 11:44 AM
Belum ada komen, xtau nk komen apa.
Quote slyfynx 27-11-2020 11:49 AM
So?
Pemende gosip macam ni?
Kalau die kacau laki org, tu gosip.
Kalau die jadi bini kedua, tu gosip.
Kalau die cite fantasi kene bang ramai2 dalam lif, tu gosip.
Kalau takat mcm ni, nk gosip pemende?

- CARUT
Quote putericahaya999 27-11-2020 11:52 AM
Ye ke 32
Umi nazeera brp
Quote riyadhK 27-11-2020 12:12 PM
Takyah kawen la tiz takde la risk nak bermadu. Jual jela kerang, sampai ajm.
Quote minahmanja 27-11-2020 12:25 PM
ade tanda2 nk kawin ngan laki org ke tiz... yizreen dlu b4 kawin kuda mmg ade klr paper ckp tk kisah bermadu... tk lama pastu tembelang pecah... hehehe...
Quote husna_amal 27-11-2020 12:28 PM
Tengok kat fb dia macam dah ada bf lama dah. Tapi berkepit macam tu je lah nikahnya tak tahu bila.
Quote mamajawie 27-11-2020 02:35 PM
slyfynx replied at 27-11-2020 11:49 AM
So?
Pemende gosip macam ni?
Kalau die kacau laki org, tu gosip.

marah btul chuollss nih?but i loikee carutan chuollss kat reputs ni..benda tah pape jadi gosip

Quote makcun14 27-11-2020 02:42 PM
Bosan la gosip hari ni.. nexttt
Quote Redmyvi 27-11-2020 02:47 PM
Kawen dulu la.. bru keluar kt board gossip nie..
Quote Nenasketum 27-11-2020 03:31 PM
Dulu pasah marah dia mesej kat Jejai kan, ons jer la skarang. Bila masuk femli perasan canggih padahal suma rupa indon construction tu, wajib amik ati mak mertua. Nescaya hidup senang lenang sampai mati.
Quote markonahlah 27-11-2020 03:49 PM
Tizzy ni antara artis yg talented. Bole menyanyi,berlakon & melukis.

Cuma quite social & org tak bole terima. Org malaysia kn suka artis tu mcm MF, sopan santun.
Quote lotionmilo 27-11-2020 04:02 PM
putericahaya999 replied at 27-11-2020 11:52 AM
Ye ke 32
Umi nazeera brp

Tiz lahir 88,ummi 90
Quote blekkep 27-11-2020 04:41 PM
Nenasketum replied at 27-11-2020 03:31 PM
Dulu pasah marah dia mesej kat Jejai kan, ons jer la skarang. Bila masuk femli perasan canggih padah ...

Jgn dilupa dlu sheols break off ngan remi bangla sbb kantoi skandal ngan akasah jepon...bini akasah ckp sheols ade simpan gambar bogel si tits zakiah nie
Quote cha-cha 27-11-2020 04:53 PM
blekkep replied at 27-11-2020 08:41 AM
Jgn dilupa dlu sheols break off ngan remi bangla sbb kantoi skandal ngan akasah jepon...bini akasa ...

Wohhh.. terkejut aku...  Iols sorang je ke tak tau pasal gossip ni?
Quote stingerpie 27-11-2020 04:55 PM
riyadhK replied at 27-11-2020 12:12 PM
Takyah kawen la tiz takde la risk nak bermadu. Jual jela kerang, sampai ajm.

Do you make tonnes of money from it, yourself?
Quote Normabaru 27-11-2020 06:27 PM
markonahlah replied at 27-11-2020 03:49 PM
Tizzy ni antara artis yg talented. Bole menyanyi,berlakon & melukis.

Cuma quite social & org tak ...

Maksud xblh terima tu how?
Quote markonahlah 27-11-2020 06:58 PM
Normabaru replied at 27-11-2020 06:27 PM
Maksud xblh terima tu how?


In order to be malaysia 'sweetheart' mcm MF, u need to be clean from gossip, tunjuk ahklak yg baik.

Masa tizzy popular time nur kasih, ramai ingat dia ni good girl image, sekali keluar cite clubbing, hisap rokok, terus menjunam popularity dia
Quote JalaEmas 27-11-2020 07:01 PM
Jgn byg...
Quote Normabaru 27-11-2020 07:08 PM
markonahlah replied at 27-11-2020 06:58 PM
In order to be malaysia 'sweetheart'  mcm MF, u need to be clean from gossip, tunjuk ahklak yg ...

Oh itu.. Mmg malaysian mentality kena gitu even semua tau sapa masuk industri ni ssh nk jaga n xsosial... Too many temptation...

No wonder dia susah nk letop n dpt good naskah mcm nur tu...

satu je dia ni blakon best.. Suka tgk
Hehe

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.060715 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top