Umpama mimpi ngeri, seorang lelaki di India terpaksa menerima hakikat sakit perut dialaminya rupa-rupanya berpunca daripada gumpalan cacing yang membiak dan mampu membesar sepanjang 36 sentimeter.
Memetik portal India Times, kes lelaki berkenaan dikendalikan seorang doktor, Vivek Chaurasia sebelum diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England. Penemuan berkenaan ditemui Vivek ketika merawat pesakit lelaki berusia 20 tahun dari New Delhi. Menurutnya, lelaki itu mengadu sakit perut, cirit birit dan loya tanpa sesiapa pun menyangka akan menemui segumpal cacing parasit berenang dalam perut pemuda itu. Pemeriksaan imbasan ultra bunyi pada perut lelaki itu mendapati sekumpulan cacing masih hidup dalam perut pemuda itu.
Sampel najis juga mengesahkan, wujudnya telur cacing gergasi dari kumpulan ascaris lumbricoides, yang mampu membesar sehingga 36 sentimeter dan biasanya ditemui dalam usus. Kes penemuan cacing jarang dijumpai pernah dilaporkan di China, apabila doktor di Hospital Suzhou perlu mengeluarkan 20 cacing gelang dari mata seorang lelaki berusia 60 tahun. Lazimnya, cacing itu hanya ditemui pada haiwan dan tumbuhan saja. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Tinot7 replied at 27-11-2020 01:58 PM
cacing yg sebegini ka?
cmf_premierleag replied at 27-11-2020 12:36 PM
sbb tu kene makan zentel setiap 6 bln
esp yg ada bela pet kt umah
Tinot7 replied at 27-11-2020 01:58 PM
cacing yg sebegini ka?
sub5zero replied at 27-11-2020 03:30 PM
Euww! dah mcm sepinggan mee hoon siam goreng kunyit la pulak
getarsukma replied at 27-11-2020 02:30 PM
Ye ke?? So cacing nanti keluar masa gi toilet ke cemana?
epuepy replied at 27-11-2020 12:33 PM
Mamat tu dri delhi. Apa nk pelik. Spesis sama je mcm geng 1 lagi. Hygiene failed.
belacan_gurl replied at 27-11-2020 02:22 PM
Aaaaaa awatlaaa aku gatai pi click video ni....dah mcm bihun plak aku tgk
Buritan replied at 27-11-2020 04:54 PM
Mcm mi tak pun spagettii.. buh sos skit tabur ayam.. letak skit sayur ke.. konpom kanda piropura m ...
belacan_gurl replied at 27-11-2020 02:22 PM
Aaaaaa awatlaaa aku gatai pi click video ni....dah mcm bihun plak aku tgk
ADVERTISEMENT