CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masjid Di Seremban Lantik AJK Bukan Islam

27-11-2020 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6761| Komen: 53

Melantik orang bukan Islam sebagai ahli jawatankuasa (AJK) masjid boleh dianggap keputusan tidak wajar oleh kebanyakan orang, namun itulah yang dilakukan oleh Masjid Arraudah Taman Rasa Sayang di sini.


Tindakan berani itu diputuskan oleh jawatankuasa masjid berkenaan antara lain bertujuan mendekatkan komuniti bukan Islam dengan institusi masjid selain memperlihatkan agama Islam sebagai menyebar rahmah.

Pengerusinya, Zulkifli Muhamed berkata, bukan satu perkara baharu penglibatan penduduk bukan Islam di situ dalam program kemasyarakatan dianjurkan oleh pihak masjid.

Foto: Sinar Harian

"Di Taman Rasa Sayang ini ada 200 buah rumah yang mana tiga daripadanya dihuni keluarga berbangsa India dan 18 berbangsa Cina.


"Walaupun tidak ramai, tapi kita tidak pernah pinggirkan mereka dan apa sahaja program bersesuaian dianjurkan, kita ajak turut serta dengan harapan ia dapat beri mesej positif kepada mereka," katanya.

Oleh sebab itu katanya, melihat kesepakatan yang ada dalam kalangan penduduk di situ, pihak masjid bersepakat melantik AJK masjid tambahan dari kalangan India dan Cina secara rasmi pada September lalu.

Beliau bagaimanapun mengakui tindakan pihaknya itu akan menimbulkan persoalan dan salah faham orang Islam, namun sejak pelantikan dua AJK bukan Islam itu, ia memberikan reaksi positif.

"Pelantikan mereka bukan bermakna mereka perlu masuk Islam atau mereka kena hadir program keagamaan dianjurkan tapi kita mahu meletakkan orang bukan Islam sebagai satu subjek atau agenda masjid untuk ambil cakna kerana ia adalah sebahagian cara pemahaman Islam sebenar.

"Kita selalu sebut perpaduan tapi bila soal keagamaan ada di antara kita mula skeptikal antara satu sama lain. Dengan keterbukaan masjid menerima mereka sebagai AJK, ia dapat melahirkan masyarakat berbilang kaum yang lebih memahami dan terbuka, " katanya.

Sementara itu, AJK yang mewakili penduduk India, A Sathiasilan,65, berkata, beliau pada mulanya agak terkejut dengan pelawaan itu kerana menganggapnya luar biasa.

"Tapi apabila pihak masjid terangkan tujuan sebenarnya, maka saya terimanya dengan hati terbuka kerana ia sangat baik dalam memperkukuhkan kefahaman kita antara kaum dan agama.

"Lagipun sepanjang 29 tahun saya tinggal di taman ini, saya sudah terlibat dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dianjurkan dan tidak pernah rasa terpinggir. Kami seperti satu keluarga di sini," katanya kepada Sinar Harian.

Begitu juga dengan Chew Wei Ling, 39, yang mengakui turut terkejut apabila dipelawa untuk berada dalam komuniti AJK masjid kerana ia tidak pernah berlaku pada mana-mana masjid sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, sejak dua bulan terlibat, beliau seronok dan berpendapat konsep sebegitu boleh memberi satu budaya harmoni masyarakat berbilang kaum khusus kepada generasi muda.

"Saya juga dapat belajar benda baharu antaranya tulisan Jawi menerusi program dianjurkan dan turut diberi peluang menyumbang idea menerusi program kemasyarakatan yang mahu diadakan," katanya.-CARI

Sumber: Sinar Harian

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dizekni 27-11-2020 12:15 PM
Bagus la

biar semua orang nampak institusi Masjid bukan
sekadar tempat ibadah semata2

malah untuk muamalat (ekonomi, kewangan dan perniagaan)
juga pendidikan dan urusan kehidupan yang lain
Quote riyadhK 27-11-2020 12:18 PM
Tahniah untuk seluruh kariah taman rasa sayang. Semoga terus harmoni hidup bersama aman damai jah.
Quote Nahnukutu 27-11-2020 12:23 PM
dizekni replied at 27-11-2020 12:15 PM
Bagus la

biar semua orang nampak institusi Masjid bukan

politik boleh?


Quote arasham 27-11-2020 12:36 PM
Nahnukutu replied at 27-11-2020 12:23 PM
politik boleh?

Lame sgt soklan ni? Atau bertujuan provoke. Maybe you are not a muslim jadi tak tau di dlm masjid bkn ada ruang solat saja. Ada kelas, ada bilik mesyuarat, ada dapur,ada toilet dan secara amnya masjid tidak berfungsi sebagai tpt ibadat saja. Dan hang ingat ajk ajk masjid tak de politik ke? Sepatutnya masjid adalah pusat komuniti. Tetapi pada masa yg sama menyatukan ummah. Apa jua ketidaksefahaman pendapat akan di lupakan bila mengadap Allah yg satu. Sepatutnya..
Quote I.am.PH 27-11-2020 12:40 PM
Edited by I.am.PH at 27-11-2020 04:54 AM

Alhamdulillah, saya ikut tumpang bangga dan merasa terharu dengan keharmonian kariah Masjid Arraudah Taman Rasa Sayang...

Satu perkembangan yang sangat positif yang dapat memupuk perpaduan negara kita...

Apabila saya tunjukkan berita ini kepada rakan-rakan berbilang kaum saya, mereka juga terkejut dan terharu dengan berita ini...

Supaya dapat dicontohi Masjid atau Surau lain...

Inilah Malaysia yang kami impikan...
Quote Nahnukutu 27-11-2020 12:46 PM
arasham replied at 27-11-2020 12:36 PM
Lame sgt soklan ni? Atau bertujuan provoke. Maybe you are not a muslim jadi tak tau di dlm masjid  ...

Saya muslim.

Salah ka soalan tu?


Quote missus_meow 27-11-2020 12:48 PM
semoga bermanafaat ...
Quote Artemesiaa 27-11-2020 12:52 PM
Itu yang sepatutnya dilakukan dari dulu bila semua faham tak ada isu timbul
Quote Decaffeinated 27-11-2020 01:03 PM
Kalau gereja atau kuil buat inisiatif sama OK tak?
Quote arasham 27-11-2020 01:09 PM
Nahnukutu replied at 27-11-2020 12:46 PM
Saya muslim.

Salah ka soalan tu?

Salah jika bertujuan provokasi. Kerana sebagai muslim kita sepatutnya maklum apa tujuan institusi masjid. Sekin terimakasih. Semoga sama2 dapat manfaat
Quote arasham 27-11-2020 01:13 PM
Decaffeinated replied at 27-11-2020 01:03 PM
Kalau gereja atau kuil buat inisiatif sama OK tak?

Berkaitan hukum susah nak jawab. Kalau sekadar kemaslahatan ummah mungkin tiada masalah. Tetapi jika terlibat dlm pembangunan agama, contoh kristian, maksudnya bila dilantik, yg terlibat terbabit secara lngsung dan tidak langsung dlm pembangunan agam tersebut. Rasanynia dilarang agama islam. Maybe yg lebih arif bab hukum
Boleh menerangkan dengan lebih baik dan benar
Quote liyamariska 27-11-2020 01:13 PM
Decaffeinated replied at 27-11-2020 01:03 PM
Kalau gereja atau kuil buat inisiatif sama OK tak?

Baru nk tanya soalan yg sama...
Quote I.am.PH 27-11-2020 01:25 PM
Di Malaysia masih banyak berfikiran sempit...

Di luar negara (developed country lah, bukannya negara Taliban) ini adalah perkara biasa...

Contohnya Sister Sabariah Hussein (Muslim Mother Teresa) tidak kisah berkhidmat di mana sahaja, malah dengan kerjasama masjid dan gereja...

[youtube]CqfS8MFB3HA[/youtube]
Quote sarahmirza 27-11-2020 01:29 PM
Nahnukutu replied at 27-11-2020 12:23 PM
politik boleh?

Mai dtg melawat satu masjid sebelah taman i yg siap ada bilik seminar, kedai kek, barber, mini mart dan cafe .... Meriah
Quote febreze 27-11-2020 03:21 PM
klu utk kebaikan komuniti sekeliling, takde salah pon ..jgn di politik kan shj
Quote husna_amal 27-11-2020 03:23 PM
Mungkin dengan cara ni dapat betulkan persepsi mereka terhadap islam. Kalau dapat muafakatkan kaum2 di Malaysia ni pun dah cukup baik.
Quote kemaruk 27-11-2020 03:26 PM
ok lah tu

asalkan jangan letak altar je kat situ
Quote sub5zero 27-11-2020 03:32 PM
sesuai dengan nama taman diorg duduk
Quote Lengkong 27-11-2020 03:50 PM
mana yang baik kita ikut je

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.056281 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top