Pelakon Ammar Alfian menasihati bekas isterinya, Nelissa Nezam agar menjaga kelakuannya dan jangan menghina mahmakah. Jelas Ammar, seandainya keputusan hakim dan mahkamah tidak berpihak mengikut kehendak pihak tertentu, janganlah melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan mudarat pada diri sendiri.
"Saya baru balik dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan tergerak hati nak buat video ini berdasarkan apa yang hakim nasihat kepada kami. Rasanya beliau sudah terasa sakit hati dengan apa yang didengar di media sosial, mengenai mahkamah syariah ni bias pada lelaki. "Saya tahu kenapa dia sampaikan nasihat itu kepada saya dan pihak belah sana (bekas isteri saya) sebab tulis dekat media sosial mengenai perasaan tak puas hati dia terhadap mahmakah yang berpihak pada saya.
"Ianya menyedihkan sebab kami ke mahmakah untuk mendapatkan keputusan. Hakim dan mahkamah ni orang tengah, apabila kita ke mahkamah (yakni tempat orang) tolong respeklah, tapi belah sana tak tunjuk. "Bila kita datang rumah orang kita tunjuk hormat, jadi hakim pun terasa. Mahkamah pun tak besar mana, orang bercakap, apa yang kita buat di luar dewan orang semua perhatikan dan ada saksi... apabila pihak belah sana tunjuk perangai tak cantik jadi hakim pun terasa, nampak," katanya menerusi video panjang di Instagram Stories pada Khamis.
|
sharlenetexas: Acah2 good pulak mat bangla ni.
mamajawie replied at 27-11-2020 04:25 PM
kuatnya bau kari depa laki bini ni sampai ke anak terus pekat..apapun cian kat baby tu..move on je l ...
Meiizu replied at 27-11-2020 04:35 PM
kari betul ...emmm nelisa ni memang lawa ke lawa filter? sebab dlm ig tu kadang nampak mieeenachi ...
Meiizu replied at 27-11-2020 04:35 PM
kari betul ...emmm nelisa ni memang lawa ke lawa filter? sebab dlm ig tu kadang nampak mieeenachi ...
ADVERTISEMENT