Berikutan memuat naik gambar Ariq Matin dengan kapsyen anak bongsunya itu mahukan adik baru, Siti Sarah dan Shuib mengakui bahawa mereka ingin menambah cahaya mata. Bagaimanapun, Siti Sarah kelihatan agak kelisah apabila ditanya sama ada sudah bersedia untuk hamil lagi. Katanya kepada Gempak, dia takut melalui pertukaran hormon terutamanya selepas bersalin. "Saya boleh handle everything, Insya-Allah. Cuma bila tiba masa pertukaran hormon, itu yang bukan mudah dan itu yang menakutkan. "Tambahan pula kebetulan setiap kali Sarah bersalin, Shuib selalu tidak ada bersama kerana dia terikat dengan penggambaran filem dan macam-macam kerja lagi. "Tapi kalau ada rezeki, Sarah akan demand. Sarah akan demand supaya dia ada bersama. Kita buat kontrak supaya dia ada di rumah dan kalau dia tak ada, nanti dia kena saman," kata Sarah ketawa dalam nada berseloroh.
Tambahnya, dia bersedia untuk hamil lagi, tapi dengan syarat Shuib mesti ada di sisinya. "Saya tahu Shuib mahukan anak lagi dan saya pernah tanya pada dia sama ada mahu tak ambil anak angkat, tapi dia tidak mahu kerana dia tahu tanggungjawab mengambil anak angkat sangat besar. "Satu kita fikirkan bila mereka dah besar, tentang haram halal, aurat anak perempuan, anak lelaki dan aurat sendiri, jadi banyak tanggungjawab perlu dijaga biarpun berada di dalam rumah sendiri," katanya. Difahamkan, pasangan itu memiliki beberapa anak angkat, tetapi tidak tinggal bersama mereka. Namun, Shuib dan Sarah enggan mengulas lanjut mengenai isu tanggungan anak angkat mereka. "Biarlah ianya menjadi rezeki mereka dan rezeki kami. Bukan sesuatu perkara yang membebankan dan rasanya tak manis untuk dibualkan," kata Sarah. - CARI
|
damian_lee replied at 28-11-2020 11:10 AM
Kami nak tau mcm mana chuolss buat
bakingsoda replied at 28-11-2020 11:09 AM
comel2 anak dorang, dapat best features dari dua2 parents. nak amik anak angkat amik yg baby la jd a ...
bakingsoda replied at 28-11-2020 11:09 AM
comel2 anak dorang, dapat best features dari dua2 parents. nak amik anak angkat amik yg baby la jd a ...
Berbudibahasa replied at 28-11-2020 11:43 AM
Ambik yg lelaki kan sis? Jd dgn kita dah jd ibu susuan.. and dgn husband pun xde aurat.. and dgn a ...
Suchi replied at 28-11-2020 11:45 AM
Tengok erma fatimah pun ada amik anak angkat baru.
Baby halus lagi la belum abis pantang.
Just n ...
bakingsoda replied at 28-11-2020 12:03 PM
kalau dah jenis kurang tanggungjawab, anak betul pon tak dipeduli kalau makpak mati, yg direbut ha ...
ADVERTISEMENT