CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jaga-jaga! Taktik Baru Scammer Tiru Suara Ahli Keluarga, Rakan

28-11-2020 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3373| Komen: 15

Menyamar sebagai rakan atau ahli keluarga di media sosial dan berpura-pura berada dalam kesusahan.

Itu antara modus operandi penjenayah yang melakukan penipuan dalam talian, kata Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal.


Menurutnya, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya banyak menerima laporan berhubung kes jenayah siber dan multimedia khususnya berkenaan penipuan dalam talian.

Katanya, statistik laporan polis kategori jenayah siber dan multimedia yang diterima dari Januari hingga November tahun ini menyaksikan sebanyak 78 laporan polis diterima melibatkan mangsa kerugian hampir RM7 juta.


Gambar hiasan

“Manakala sebanyak 20 kertas siasatan telah dibuka daripada jumlah aduan itu adalah menggunakan modus operandi penyamaran sebagai rakan dan ahli keluarga melibatkan kerugian mangsa berjumlah RM250,000.


“Suspek akan memperkenalkan diri sebagai rakan atau ahli keluarga mangsa dan memberitahu nombor telefon yang digunakan itu adalah nombor baharu kerana nombor asal telah hilang.

“Lebih menarik lagi, suspek berjaya memperdaya mangsa dengan meniru suara sebenar atau mirip suara rakan atau ahli keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Nik Ezanee, selepas itu, mangsa akan bertambah yakin individu itu adalah rakannya yang berada dalam kesusahan dan ingin meminjam wang.

Kemudian katanya, mangsa diberi nombor akaun bukan milik rakan atau ahli keluarga mangsa sebenar untuk dimasukkan wang.

“Tanpa membuat semakan terlebih dahulu mangsa memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan suspek dan hanya mula menyedari dirinya ditipu apabila mangsa cuba menghubungi rakan atau ahli keluarga sebenar menggunakan nombor telefon asal mereka sebelum mendapati mereka tidak membuat permintaan pinjaman wang seperti disangka dan telefon bimbit mereka tidak hilang,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 28-11-2020 11:41 AM
Semoga kita dijauhkan drp scammers
Quote Kurex 28-11-2020 12:11 PM
Kalau ada yg tepon & cuba scam aku, aku harap dia digilis lori lepas tu hingga tak nampak mcm manusia dah
Quote dua_chzy 28-11-2020 12:13 PM
Kurex replied at 28-11-2020 12:11 PM
Kalau ada yg tepon & cuba scam aku, aku harap dia digilis lori lepas tu hingga tak nampak mcm manusi ...

Pehtu bila mati harap2 tak berenti situ ja seksaannya biar rohnya pula sengasara hari2 kena ulang balik kejadian mati digilis lori.
Quote Kurex 28-11-2020 12:47 PM
dua_chzy replied at 28-11-2020 12:13 PM
Pehtu bila mati harap2 tak berenti situ ja seksaannya biar rohnya pula sengasara hari2 kena ulang  ...

Biar mayat dia tak dijumpai sampai bila2
Quote salmon-suki 28-11-2020 02:41 PM
Scam "ore,ore" kat japan..target salunya org tua2 anak2 jauh..mtk duit sbb dlm kesusahan..
Quote zie_indah 28-11-2020 03:52 PM
Betoi kami satu grup skolah hampir terkene scammer call salah seorg dari kami mnyamar jd rakan kami dgn no baru dan minta bntuan duit konon nye mak dia xcdent n perlukan duit segera...nasib x tpedaya call kwn tu n dia kata elok2 je mak dia...
Quote tokchik 28-11-2020 06:35 PM
Sekarang depa dok whtapps Kita kata sipolan ni Ada berhutang dgn drpa
Minta Kita dok nasihat sipolan Tu pi bayaq hutang
Quote tokchik 28-11-2020 06:39 PM
Ni Yang tokchik terima tadi.
Tak perlu gelabah NK call depa ckap tak kenal.  Bila kau call. Kau masuk perangkap.

Block ja terus
Quote tokchik 28-11-2020 06:40 PM
Ni Yang tokchik terima tadi.
Tak perlu gelabah NK call depa ckap tak kenal.  Bila kau call. Kau masuk perangkap.

Block ja terus
Quote KIM.K 28-11-2020 08:56 PM
aku ingat dajal je reti meniru sora family ni
rupanya scammer pun pandai
Quote Lalalili66778 28-11-2020 11:08 PM
Ya Allah napalahhh
Quote Supersirap 29-11-2020 03:12 AM
Semoga kita dijauhkan daripada scammers ni
Quote noor2 29-11-2020 05:05 AM
Edited by noor2 at 29-11-2020 05:07 AM

Tumpang tanya....
Apa jadi pada polis2 yg ditangkap yg bekerja sama dgn scammer menipu rakyat Malaysia baru2 ni?...dah dihukum tembak sampai mampos x.... atau dilepaskan hidup mcm biasa meneruskan kerja haram menanggung anak bini mkn duit haram?
Quote Artemesiaa 29-11-2020 01:20 PM
Macam2 cara nak menipu zaman sekarang ni
Quote husna_amal 30-11-2020 11:19 AM
Kalau dah menyamar macam ahli keluarga, scammer tu orang terdekat juga lah. Pandai pula dia menjiwai watak sebagai ahli keluarga masa menipu.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.083988 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top