CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota Polis Berpangkat Sarjan Ke Bawah Kantoi Jual Air Ketum

28-11-2020 11:33 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2504| Komen: 9

Gambar Sekadar Hiasan



Kuala Lumpur: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman mengesan penglibatan anggota polis dalam kegiatan memproses dan menjual air ketum, kata Pengarahnya Datuk Zamri Yahya.

Beliau berkata, kegiatan itu dikesan apabila terdapat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyalahguna berek kediaman yang dijadikan tempat memproses dan menjual air ketum.

"Kejadian ini amat membimbangkan kerana pembabitan anggota polis dalam kegiatan berkenaan tidak pernah berlaku dan tidak pernah dikesan sebelum ini.

"Jika dahulu terdapat laporan pengambilan ketum dalam kalangan anggota namun kini beralih kepada kegiatan menjual dan memproses dengan mereka turut mengupah orang lain dengan bayaran sekitar RM80 sehari untuk menjualnya," katanya kepada Bernama.

Menurut beliau, beberapa siri tangkapan dibuat terhadap lebih 10 anggota polis disyaki terbabit dengan aktiviti memproses dan menjual air ketum menerusi beberapa serbuan hasil risikan lanjut, baru-baru ini.

"Anggota berpangkat Sarjan dan ke bawah itu ditahan di dua lokasi di sini dan di berek Polis Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak yang dijadikan tempat memproses air ketum berkenaan.

"Mereka mencari pelanggan dan menjualnya untuk mendapat duit sampingan biarpun menerima gaji bulanan menjalankan tugas hakiki polis," katanya.

Pada masa sama, Zamri memaklumkan tangkapan lain turut dibuat terhadap anggota polis kerana penglibatan menyalahguna kereta peronda (MPV) polis bagi tujuan menyeludup ketum ke Thailand.

"Susulan itu, polis giat mengadakan siasatan untuk mengenal pasti sejauh mana penglibatan mereka dalam permasalahan ini. Ini berjaya ditemui tidak termasuk yang belum dibongkarkan," katanya.

Menurut Zamri, kesemua anggota terbabit berdepan tindakan digantung tugas atau ditamatkan perkhidmatan jika didapati bersalah.



Sumber : hmetro.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chenta_dewi 29-11-2020 12:00 AM
Aku tak caye polis sejak kena scam ..bayar denda kat polis kat kaunter aduan..tp tak rekod benda dah dekat 2 tahun tanya aku resit..rupanya aku salah kaunter..

Bila aku cakap aku dah bayar boleh pulak tanya aku ingat tak muka peGwai tu .. aku ingat korang nak tekejut sbb aku kena scam..maksdnya benda tu biasa la...

Xpela abg polis..kalau aku halalkan pon belum tentu org lain halalkan..moga sempat la taubat
Quote Orix 29-11-2020 12:09 AM
chenta_dewi: Aku tak caye polis sejak kena scam ..bayar denda kat polis kat kaunter aduan..tp tak rekod benda dah dekat 2 tahun tanya aku resit..rupanya aku salah  ...


Bayar denda apa tu ?
Quote sapeka 29-11-2020 07:41 AM
Kenapa suka sangat dengan ketum?
Quote isseliparjepun 29-11-2020 08:45 AM
Ramai yang ambik kets ni. Tau dengan tak je. Pandai makan pandai simpan. Mungkin sebab dia proses sekali ni. Kalau sekadar minum I rasa ramai je yang minum.
Quote MissLana 29-11-2020 09:22 AM
tp byk kes polis mcm ni last2 gantung tugas je or tukar dept, campak jelah dkt mana2 adoiii masih lg bergelumang dlm sistem korupsi dia
Quote vee_zara 29-11-2020 08:57 PM
Dah sampi masa penjawat awam yg khianat dengan tugas ni digantung sampai mati je. Baru lah tak berani nak buat jahat.
Quote PEPPERMAN 29-11-2020 10:47 PM
normal baharu PDRM
Quote husna_amal 30-11-2020 11:46 AM
Kurang2 lepas kantoi polis ni kena pindah balai je.
Quote dekmieDandy 30-11-2020 04:57 PM
iolls pernah terjumpa ya orang jual ketum ni tepi jalan je

dekat depan kuarters askar pulak tu

mula-mula perasan napelar ramai abam-abam lori singgah, semua bawak plastik hitam keluar kedai

kedai tu pon, lampu tak pasang, gelap gelita sahaja

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.046251 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top