Buat julung kalinya di Malaysia, francais filem pecah panggung nombor satu tanah air, Kampung Pisang akan menjengah ke skrin televisyen dalam bentuk drama bersiri premium menerusi jenama Astro Originals, bertajuk Kampong Pisang Bersiri-Siri, arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-21, Mamat Khalid. Lima buah filem di bawah francais Kampung Pisang masing-masing telah merekodkan kejayaan membanggakan adalah Hantu Kak Limah (RM38.6 juta, tahun 2018), Zombie Kilang Biskut (RM1.5 juta, 2014), Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (RM6.4 juta, 2013), Hantu Kak Limah Balik Rumah (RM8 juta, 2010) dan Zombi Kampung Pisang (RM2.4 juta, 2007). Kesemuanya filem di bawah francais Kampung Pisang itu telah merekodkan kutipan pecah panggung dengan jumlah keseluruhan RM56.9 juta. Pengarahnya, Mamat Khalid berkata, francais Kampung pisang mempunyai nilai istimewa dalam hati penonton sejak mula bertemu peminat pada 2007 menerusi filem Zombie Kampung Pisang. “Sejujurnya, francais Kampung Pisang ini amat istimewa di hati saya. Saya percaya ada sebahagian penonton yang turut membesar dengan filem-filem ini. Sejak tahun 2007 karya ini diperkenal, saya ingin menzahirkan satu kelainan khususnya kepada mereka yang setia menyokong, justeru saya gabungkan hampir kesemua watak filem ke dalam siri ini,” kata Mamat dalam satu kenyataan rasmi. Selain itu, penonton juga akan disajikan dengan jalan cerita, elemen komedi, hantu dan kameo yang berbeza di setiap episod. “Barisan pelakon bukan sahaja dalam kalangan pelakon tetapi turut membintangi adalah barisan pengarah hebat tanah air seperti Mat London, Nasir Jani, Ellie Suriaty, Pekin serta kartunis Imuda dan pelukis komik Ujang, Soya. “Saya rasa berbangga dapat bekerjasama dengan mereka dan para pelakon lain. Ternyata kehadiran mereka tidak sahaja memberi input pada karya ini, malah dedikasi dan komitmen tinggi yang diberikan sepanjang penggambaran harus diberi pujian,” katanya lagi. Kampong Pisang Bersiri-Siri juga dianggap sebagai satu cabaran baru buat Mamat kerana merupakan pertama kali dirinya mengarahkan drama bersiri. “Namun begitu perlu mengekalkan kualiti dan ‘end result’ setanding filem. Untuk itu, teknik teknologi pengimejan telah dilakukan oleh tenaga pakar di Australia dan proses adunan audio dan bunyi pula dilakukan di Thailand. “Saya harap penonton akan berpuas hati dan sedikit sebanyak mampu membawa mereka keluar dari tekanan seketika khususnya di kala dunia dilanda pandemik Covid-19 ini. Tidak salah kiranya jika kita meluangkan sedikit masa untuk berhibur bersama keluarga dan yang tersayang dengan menonton karya Kampung Pisang.” ujar Mamat Kalid lagi. Episod pertama Kampong Pisang Bersiri-Siri akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada pukul 9 malam bermula 7 Disember ini. Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, drama premium komedi seram tersebut akan ditayangkan pada setiap hari Isnin pukul 9 malam eksklusif di Astro Citra. Sumber – K! ONLINE
|
adelea replied at 29-11-2020 10:19 PM
Jgn tiru kampung people {:hooray
mamajawie replied at 30-11-2020 11:05 AM
aku tengok teaser yg Daud n Manap dedua sengau tu..cam jilaker joey bleh sengau M..kampom pisam dise ...
saviour_09 replied at 30-11-2020 11:31 AM
pomcom
dia ejek org sengau sampai dia tak pamham
mamajawie replied at 30-11-2020 11:32 AM
apem oram kampom pisam nim..cakam makim tam pamham..haram jadah aku repeat byak kali teaser tu kot ...
ADVERTISEMENT