Penyanyi Farahdhiya memberitahu bahawa dirinya tidak menerima wang kutipan royalti yang sepatutnya sebagai seorang artis sepanjang berkecimpung dalam industri muzik. Bahkan, Farahdhiya atau nama sebenarnya, Farahdhiya Mohd Amin, 36, mendedahkan sepanjang tempoh hampir dua dekad, dia hanya menerima sekali sahaja bayaran royalti.
"Alhamdulillah. Sejujurnya saya yang baru 16 tahun dalam industri hiburan ni baru sekali sahaja dapat merasa duit royalti sebagai penyanyi. "Ya, sekali sahaja dalam 16 tahun. Sila kembalikan hak kami semua kepada yang berkenaan," katanya menerusi satu hantaran di Instagram. Farahdhiya berkata demikian sebagai respons kepada isu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan ke atas badan pengurusan royalti artis baru-baru ini.
Lebih mengecewakan apabila usahanya sebelum ini untuk mendapatkan penjelasan mengenai bayaran royalti miliknya juga menemui jalan buntu. Hal ini kerana, dakwanya, pihak berkenaan seolah-olah tidak memberikan respons apabila cuba dihubungi. "Ada juga saya mesej bertanya kepada individu yang bekerja bersama dalam satu syarikat yang menguruskan hal royalti artis, tetapi tidak berjawab. "Bila nak panggil mesyuarat untuk dapat sokongan atau isi borang pandai pula cari kita. Semoga ada penyelesaian untuk kami semua, mungkin inilah masanya!" luah pelakon filem Mulut Masin itu.
|
Orix replied at 29-11-2020 12:19 PM
What say tokti ???
NEmma replied at 29-11-2020 12:28 PM
Cuba tanya penyanyi nama besar. Nak tau diorang dpt ke x. Mcm M Nasir, Tokti, Ziana
Imkhai replied at 29-11-2020 12:30 PM
ye nk tunggu respon tokti jgk,selain diva zz ratu rock ella diaorg ni bnyk royalti dpt rsnya,tp rs ...
NEmma replied at 29-11-2020 12:28 PM
Cuba tanya penyanyi nama besar. Nak tau diorang dpt ke x. Mcm M Nasir, Tokti, Ziana
Noraniza_Iblis replied at 29-11-2020 01:17 PM
tanya kt dorg buat ape?? tokti pun tah2 x heran pun bab2 ni..
patut tnya artis2 80an tu...
ramai ...
kiah_mai_pulak replied at 29-11-2020 02:56 PM
16 tahun ke dh nyanyi?? apa lagu2 kau selain Bertakhikk di hati tu? selain dari imej seksi?? skndal ...
chenta_dewi replied at 29-11-2020 01:05 PM
Tok ti bukan level dia balas membalas statement..takdenye dia nk bagi statement apa2 isu...
Noraniza_Iblis replied at 29-11-2020 01:17 PM
tanya kt dorg buat ape?? tokti pun tah2 x heran pun bab2 ni..
patut tnya artis2 80an tu...
ramai ...
evlinne replied at 29-11-2020 03:14 PM
Sheols keje apa skrg kakiah
Xkan biz kerang?
Cantik tapi x kawen2 lagi
ADVERTISEMENT