Susulan gangguan sistem dihadapi laman web dan aplikasi Maybank2u sejak pagi tadi, kumpulan perbankan, Maybank meminta pelanggan menggunakan aplikasi MAE. Katanya, pelanggan boleh log masuk aplikasi MAE menggunakan ID pengguna dan kata kunci Maybank2u sedia ada bagi melakukan sebarang transaksi seperti pemindahan wang atau pembayaran bil.
“Ingin dimaklumkan bahawa laman web dan aplikasi Maybank2u sedang mengalami gangguan sementara yang menyebabkan sistem menjadi perlahan. “Bagaimanapun, aplikasi MAE beroperasi seperti biasa. “Anda boleh log masuk ke dalam aplikasi MAE menggunakan ID pengguna dan kata kunci Maybank2u sedia ada untuk melakukan transaksi yang sama dengan aplikasi Maybank2u seperti pemindahan wang dan pembayaran bil. “Kami memohon maaf di atas ketidakselesaan,” katanya dalam ciapan di Twitter rasmi bank berkenaan hari ini.
Maybank menjadi trending di Twitter hari ini apabila para pengguna merungut dan melahirkan kemarahan mereka kerana gagal log masuk ke dalam laman web dan aplikasi Maybank2u. Malah pada awal pagi tadi, aplikasi MAE juga tidak berfungsi. Sumber: MalaysiaGazette
|
mamajawie replied at 30-11-2020 11:34 AM
btul, aku baru pas bukak website m2u ni..dri smlm kejap ok kejap tak cm hape je..hbis memasing wfh s ...
Rogue98: Kena sabotaj?Nasib baik semua bills dah bayar last week.
sarah82 replied at 30-11-2020 11:32 AM
Aku baca terus check.. Betul.. Ada mslh nak masuk apps.
ADVERTISEMENT