Michael Ang menerusi satu video di Instagram meluahkan rasa kesal terhadap wargnet yang mempersoalkan 'hobinya' berkongsi foto outfit of the day (OOTD). "Aku stres dengan korang yang DM aku kata daripada aku tayang OOTD, baik aku menderma. "Kalau korang perasan, barang-barang OOTD aku tu mix and match benda-benda lama," katanya. Jelas Mike, semua aksesori dipakainya itu pernah dikongsikan pada posting terdahulu dan dia cuma memakainya kembali untuk dipadankan sebagai OOTD. "Tahulah sekarang tengah Covid-19, semua orang tengah susah. Takkan aku kena post je gambar aku tengah menangis ke, tengah sedih ke?" ujarnya. Mike juga menegaskan pemberian derma bukanlah sesuatu yang 'wajib' dipertontonkan kepada orang ramai. "Takkan korang nak aku tunjuk menderma, pergi rumah anak yatim semua. Korang nak aku screengrab yang orang hutang aku tak dapat bayar sebab tak dapat kerja lagi. Korang nak aku screengrab yang aku ni baik? "Get a life lah. Derma tak derma tu hidup aku," tegasnya.
|
Gingerly replied at 30-11-2020 05:32 PM
"Zaman skrg ni it's a must la nak beramal kebaikan perlu show off, pak Mike. Baru u entitled." - bis ...
Gingerly replied at 30-11-2020 05:32 PM
"Zaman skrg ni it's a must la nak beramal kebaikan perlu show off, pak Mike. Baru u entitled." - bis ...
Gingerly replied at 30-11-2020 05:32 PM
"Zaman skrg ni it's a must la nak beramal kebaikan perlu show off, pak Mike. Baru u entitled." - bis ...
Skuau replied at 30-11-2020 05:35 PM
kenapalah..naskhah 'Bercakap Dengan Jin'-Tamar Jalis tu..tak diangkat ke layar perak??? Pasti sgt ...
ADVERTISEMENT