CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Freddie Fernandez Nak Jumpa Perdana Menteri Kalau Sheila Majid Enggan Letak Jawatan

30-11-2020 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16248| Komen: 100

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez akan menggunakan saluran tertinggi melibatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekiranya Datuk Sheila Majid enggan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM).


Menurut Freddie yang juga ahli RPM, sehingga kini seramai 114 orang ahli RPM sudah menandatangani petisyen agar Sheila melepaskan jawatan ekoran kegagalannya menguruskan badan perlesenan kutipan royalti tersebut.

Foto: Gempak

"Saya dah lawan mengenai perkara ini selama 20 tahun. Ini merupakan kali terakhir saya akan cuba berusaha untuk menyelesaikannya. Kalau saya gagal saya akan lompat dalam laut.

"Jika Sheila masih tidak mahu undur diri, saya akan jumpa Perdana Menteri untuk selesaikan masalah ini. Lagipun beliau ada anak yang juga seorang pemuzik," katanya.


Beliau berkata demikian pada satu sidang media yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor.

Hadir sama, penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim, komposer Mohamad Rafi Shafie, dan komposer Ito.

Sebelum ini, isu pengagihan royalti mencuri tumpuan industri apabila Suranjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung isu dana kutipan royalti.

Foto: NST, IG

Menurut Freddie, segala permasalah yang timbul mengenai pengagihan royalti ini tidak akan selesai sekiranya Sheila enggan meletakkan jawatan.

"Saya sudah 50 kali suruh Sheila letak jawatan. Sudah tiba masanya. Jangan rosakkan industri kita. Di luar sana ramai orang dah susah. 

"Baik Sheila atau semua ahli lembaga pengarah, get out!," katanya.

Pada masa sama, katanya, seramai 67 ahli badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) yang sudah dibubar memberi mandat kepadanya untuk menguruskan hak mereka.

Sebagai info, Sheila sudah memegang jawatan sebagai pengerusi RPM selama tujuh tahun. -CARI

Sumber: Gempak
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 30-11-2020 06:26 PM
Syesyuatu betoi syesyeshila ni
Quote Perawankota 30-11-2020 06:43 PM
Haaaa.. Dh 50x suh letak jawatan.. Thick skin betul kaka ni
Quote Scheherazade 30-11-2020 06:47 PM
Knp dia xmo lepaskn jwtn tu? Org dah xmo, baik la p je. Ni dah smpai nk bwk ke PM, dah jd cam masalah besar negara plak dah
Quote bluebutter 30-11-2020 06:58 PM
Oh sheila majid ke...


Eeee malunya...


Tk sangkanya..
Quote sok_suci 30-11-2020 07:24 PM
Eh x tau pun heshe pengerosi..erkkk
Quote msdummy.2018 30-11-2020 07:26 PM
giler ah kalo dia ni buat perangai..sekapal nhan atuk ek...
Quote sharlenetexas 30-11-2020 07:35 PM
Mana @Acikgomen ni?
Quote sharlenetexas 30-11-2020 07:36 PM
Tipah tertipu tipah menipu.
Quote sokmogitu 30-11-2020 07:56 PM
Sheila majid
Ahniu
Jaclyn victor
altimet
ana rafali

SPRM kena siasat nama2 ni..diorang ni ahli lembaga pengarah RPM
Quote Orix 30-11-2020 07:57 PM
msdummy.2018: giler ah kalo dia ni buat perangai..sekapal nhan atuk ek...


Atuk aman2 jah letak jawatan sendiri wlau Agong x bg
Quote kiah_mai_pulak 30-11-2020 08:08 PM
sokmogitu replied at 30-11-2020 07:56 PM
Sheila majid
Ahniu
Jaclyn victor

solidariti @beta_carotene

x sngak ya, sibuk menjoyah kat forum.. rupanya ahli lembaga pengarah gitu
Quote danieladam 30-11-2020 08:08 PM
Kenapa sheila x nak letak jawatan? Masyuk ke jadi presiden rpm tu? Tak glamer pon persatuan tu...iols baru ni tau ada rpm dan presidennya sheila majid.

Sheols dapat apa sebagai presiden? Kenapa sheols diam membisu x berkutik bila semua dok merempan nama dia? Gila tabah nya sheols.
Quote Nenasketum 30-11-2020 08:40 PM
Aku ada dengor gosip nakal, dia nak bayor balik, celah mana nak cekau duit, dari Addy Kanda kah?
Quote Acikgomen 30-11-2020 08:43 PM
danieladam replied at 30-11-2020 08:08 PM
Kenapa sheila x nak letak jawatan? Masyuk ke jadi presiden rpm tu? Tak glamer pon persatuan tu...iol ...

Masyuk lettewwww
Duit royalti yg dorang kutip makan seniri jek
Atas alasan tu gaji deyols
Erkkkkkk
Quote Acikgomen 30-11-2020 08:45 PM
sharlenetexas replied at 30-11-2020 07:35 PM
Mana @Acikgomen ni?

Chuols mmg tak sabar2 kan nak soh acik bedosa ngate orang
Quote sharlenetexas 30-11-2020 09:01 PM
Acikgomen replied at 30-11-2020 08:45 PM
Chuols mmg tak sabar2 kan nak soh acik bedosa ngate orang

Pak lan ajis tentu tengah tersenyum sinis
Quote Acikgomen 30-11-2020 09:04 PM
sharlenetexas replied at 30-11-2020 09:01 PM
Pak lan ajis tentu tengah tersenyum sinis

Ke heshe senyum kepuasan teringat malam perantin deyols dulu sampai silamajed masuk sepital nokkk
Aum katanye
Quote sharlenetexas 30-11-2020 09:05 PM
Acikgomen replied at 30-11-2020 09:04 PM
Ke heshe senyum kepuasan teringat malam perantin deyols dulu sampai silamajed masuk sepital nokkk
...

Persis mas anizan jugak ke?
Quote Acikgomen 30-11-2020 09:16 PM
sharlenetexas replied at 30-11-2020 09:05 PM
Persis mas anizan jugak ke?

Koman2 mas anizan tuh setia la jugak dgn arwah somi nye
Yg nihhhh elok je lan ajis nye RAP merudum jatuh ke tanah, dan2 tu lah heshe pasang anak hekan

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.062066 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top