Ketegangan yang dirasakan di dalam dewan antara dua juri wanita ini turut dirasakan para penonton di luar sana. Malaha,n ramai berpendapat yang ianya bagaikan buku bertemu ruas. Episod kelapan pertandingan Gegar Vaganza 2020 menyaksikan lapan peserta beraksi di peringkat suku akhir. Namun, apa yang lebih menarik perhatian penonton ialah komen juri tetap (Dato' Khadijah Ibrahim) dan juri jemputan (Datuk Syafinaz Selamat) yang agak panas. Lebih mengujakan apabila ada netizen yang meminta Syafinaz menggantikan Tok Kat yang didakwa sudah tidak lagi relevan, betul ke? Bagi netizen yang sudah saban tahun menyaksikan program ini, komen yang diberikan oleh Tok Kat bukan mengenai persembahan artis itu sendiri. Tetapi, ia lebih kepada berkirim salam, bertanyakan siapa pereka baju, mempromosikan kedai makannya dan lain-lain. Namun, apabila ada juri jemputan yang memberikan komen teknikal, dia turut memberikan komen yang seolah-olah menidakkan kredibiliti juri jemputan tersebut. Malahan, hos GV, Nabil sendiri turut bergurau menyatakan yang Syafinaz akan kembali menjadi juri jemputan minggu hadapan kerana ramai permintaan daripada penonton yang mahukannya. |
Piramida replied at 1-12-2020 01:06 PM
Tok pinaz komen adalah realistik .. suka dengar. Selain ber aura bersemangat bergaya dan bijak.
GegarVaganja replied at 1-12-2020 03:20 PM
Bila Datuk Syafinaz, Datuk Mokhzani jadi judges. Terus rasa level GV naik sikit sebab dengan penonto ...
husna_amal replied at 1-12-2020 03:30 PM
Astro ni pelik sikit suka ambil juri yang tak relevant dengan kepakaran orang tu. Macam rancangan ny ...
ADVERTISEMENT