CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Alvin Goh, Addy Kanna ditahan 2 tahun ikut POCA

1-12-2020 04:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8194| Komen: 48

Alvin dan Addy bersama seorang anggota polis ditahan mengikut POCA. FOTO NSTP



KUALA LUMPUR: Dalang utama kegiatan perjudian dalam talian, Alvin Goh dan Addy Kanna, bersama dua lagi anggota polis ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) selama dua tahun.

Alvin atau nama sebenarnya Goh Leong Yeong, akan ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor bersama seorang lagi anggota polis.

Addy Kanna pula ditahan di Penjara Pokok Sena, Kedah manakala seorang lagi anggota polis dari Kontinjen Selangor ditahan di Penjara Bentong, Pahang.

Semua hukuman tahanan selama dua tahun itu diputuskan Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri, Jumaat lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Alvin dan Addy ditahan pada 2 dan 3 Oktober lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didapati menjalankan aktiviti penipuan Macau Scam dan judi dalam talian yang mensasarkan mangsa di China dan bekerjasama dengan kartel penipuan di luar negara.

SPRM turut menahan dan soal siasat beberapa selebriti terkenal, pegawai dan anggota polis yang melindungi sindiket ini.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shark 1-12-2020 04:19 AM
bapak ah 2 tahun je.
Quote Perawankota 1-12-2020 04:36 AM
Lepas tahun ke dua buat apa?
Quote Normabaru 1-12-2020 05:37 AM
Tahan utk ape ye smpi 2thn.. Nape xbicara terus
Quote Rogue98 1-12-2020 06:13 AM
4 orang ni jer kena tahan?
2 tahun jer....amboiiiii....
Quote syaz_lina 1-12-2020 06:33 AM
Nk tutup kes ka sumbat 2 ekor ni as kambing hitam??..yg beramai2 terlibat bukit amani tu apa tindakan
Quote Manjahati 1-12-2020 06:43 AM
2 tahun jerrr
Quote dudaberhias 1-12-2020 06:45 AM
tunggu yang besar pulak kena tangkap... 2 ekor ni pun kira yang besar jugak la kan?
Quote Belibis 1-12-2020 06:48 AM
Sama level curi nescafe 1 paket jer.
Quote VespaSilbe 1-12-2020 07:09 AM
Kalau berkelakuan baik boleh keluar awal dok?
Quote aint 1-12-2020 07:40 AM
ditahan 2 thn ni tunggu bicara ka? tak dgr pun kes ni dh msk mahkamah..

atau kes bwh POCA ni mmg tk perlu bicara...
Quote nuryakmal 1-12-2020 08:07 AM
They alls ditahan without bicara. Pending investigation. Selalunya io akan request pada lembaga pencegahan jenayah.

Tgkla after 2 years. Lepas atau bicara.
Quote saviour_09 1-12-2020 08:13 AM
-edited-
2,2 ekor polis tu kena rupa nya

separate penjara
Quote Rara77 1-12-2020 08:31 AM
Lepas 2 tahun sambung projek scam tipu lagi apa ada hal
oh malaysia ku
apa jd duit duit netijen yg kena scam tu
brg juta juta kena rampas mana
bagi lah pd yg kena tipu
sprm dan polis pun susah aku nak caya
tambah tambah kes imigresen tu
Ya Allah kau ambil lah nyawa penipu penipu ni semua
kalau mereka masih hidup makin byk penipu akan biak
Quote per706 1-12-2020 08:36 AM
Utk training olympic tokyo ek?
Quote c===8 1-12-2020 08:40 AM
wow alvin masuk simpang renggam siap dpt bwk member polis sorg
Quote budakshinchan 1-12-2020 08:46 AM
yang kena tipu dok kumpul duit berpenat lelah 5-6 tahun.. duit pencen.. si penipu kena tahan 2 tahun je.. syial lah
Quote Suchi 1-12-2020 08:50 AM
nuryakmal replied at 1-12-2020 08:07 AM
They alls ditahan without bicara. Pending investigation. Selalunya io akan request pada lembaga penc ...

Pastu reta benda dorang cemana? Anak2 bini addy kana ni cemana eh kehidupan dorang skrg?
Quote renko 1-12-2020 09:03 AM
byk komen xtau ape tu poca
Quote alieyrina 1-12-2020 09:10 AM
Pastu semua pakat2 sebok menda lain..kes ini dilupakan..tau2 depa kuar scam balik mcm biasa

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.116162 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top