CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 8 Tahun Tercampak Dari Kenderaan Sebelum Jatuh Jejambat

1-12-2020 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4930| Komen: 27

 Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun parah apabila tercampak keluar dari kenderaan dinaikinya sebelum terjatuh dari jejambat, dalam kemalangan di kilometer 0.4 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Jalan Tun Razak, Jumaat lalu.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu bapanya terbabas sendiri.

Kredit: Harian Metro

"Kenderaan itu terbabas akibat hujan lebat sebelum melanggar tembok kiri jejambat berkenaan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa yang juga penumpang belakang tercampak dari cermin sisi belakang kanan dan jatuh ke bawah dari jejambat berkenaan," katanya.


Kredit: Harian Metro

Zulkifly berkata, mangsa tercampak dari ketinggian antara 10 hingga 15 meter dan jatuh di kawasan parkir sebuah pusat jualan kereta terpakai di Jalan Pahang.

"Mangsa mengalami kecederaan retak di paha kiri sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk siasatan lanjut.

"Siasatan kes sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
3

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote biskut_milo 1-12-2020 10:54 AM
Omg! Freak accident
Quote Scheherazade 1-12-2020 10:56 AM
Ngeri baca. Can't imagine perasaan budak tu masa tu.
Quote hawaM 1-12-2020 10:57 AM
Ya Ampun. Kesiannya. Moga selamat lah budak tu. Nampak tak teruk ya kereta tu. Tapi sampai terpelanting jatuh jejambat pulak anaknya.
Quote FOTHER-MUCKER 1-12-2020 11:05 AM
Kerana itulah manusia manusia yang berakal terlalu mementingkan keselamatan apabila menaiki kenderaan.
Quote zehra2 1-12-2020 11:07 AM
apa ni.. semua pasal budak je teraniaya 2.. 3 hari ni
Quote adila39 1-12-2020 11:14 AM
Allahu... jangan bawak lajuuuu time hujannnnn
Quote sukacactus 1-12-2020 11:38 AM
Adoiyai!
Hati2 la drive nak2 musim ujan ni
Yg kat depan vellfire tu ke mangsa
Quote white_musk 1-12-2020 11:41 AM
Selamat Hari kanak kanak sedunia
Quote RatuDunia94 1-12-2020 12:09 PM
Seat belt??
Quote Artemesiaa 1-12-2020 12:14 PM
Gigih pandu laju time hujan lepas tu gigih main brake betul2 membahayakan.  Tambah malang kalau penumpang tak pengenekan tali pinggang keselamatan, mau terbang menjunam kebawah.
Quote husna_amal 1-12-2020 12:17 PM
Sebabtu penumpang seat belakang pun kena pakai tali pinggang keselamatan. Boleh jadi tercampak bila terjadinya kemalangan macam ni.
Quote salmon-suki 1-12-2020 12:44 PM
Mereka berdua sahaja ke?xde org lain ek?knp bapak dia bawak anak keluar?nak pegi mana?
Quote Nnasda53 1-12-2020 01:13 PM
Ya Allah  baca pun ngilu tulang jadinya..semoga selamat budak tu.
Quote talapia 1-12-2020 01:31 PM
memula ingatkan kt negara lain.. skali tulis DUKE.. ulang baca aku.. Kat Malaysia rupanya. Ngeri nye la.. mudah2an budak tu selamatla..
Quote syamzana 1-12-2020 01:39 PM
ya allah siannya anak tu.
ajar la anak2 pkai seatbelt. tak kira la dok belakang pun. budak2 kalo dah biasa dok dlm cs rasanya akan biasa pkai seatbelt even dah tak guna cs.tak guna kete beso high end menjalar, ujung2 safety yg direka utk kereta tak guna.
Quote siasia 1-12-2020 01:48 PM
Bila suruh pakai seat belt blkg ramai merungut. Tp bukan ssh pun pakai tu. Untuk keselamatan diri sendiri juga.
Quote saviour_09 1-12-2020 02:13 PM
aiyooo

kesian dik

seat belt tak pakai ke tu?

Quote any42 1-12-2020 02:49 PM
ttiba tbabas smpai tcmpak ank sbb bwk laju ke. hujan2 pun nk drive laju2 nk p mna. nk tcirit ke.

semoga cpt smbuh dik. kesian ank2 jd mngsa kcuaian
Quote Skuau 1-12-2020 03:57 PM
Inilah namanya...mak bapa budak ni dapat 'peluang kedua'.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.182452 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top