CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Minta Pun Orang Follow Di IG, Azhan Rani Tak Takut Langsung Hilang Pengikut

1-12-2020 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3746| Komen: 19

Pelakon Azhan Rani, tidak gentar kehilangan pengikut di media sosial seperti Instagram (IG) dan Facebook kerana dia tidak memerlukan individu yang 'toxic' berada di dalam akaunnya.


Azhan berkata ia berikutan dia tidak meminta-minta dirinya diikuti di  media sosial dan pernah  juga menutup akaun IG dan Facebook sebelum ini pada ketika jumlah pengikutnya ramai.



"Soal pengikut di media sosial saya akan kurang atau tidak, sejujurnya saya tak pernah meminta-minta diikuti oleh warganet. Ini kerana, akaun IG saya lebih kepada perkongsian rakaman dan galeri aktiviti bagi  promosi kerjaya seni. 

"Terus-terang, saya selalu saja sekat mereka (pengikut) yang terlalu 'toxic' dalam akaun IG saya. Namun, saya tetap syukur kerana IG saya susah nak jumpa scammer, orang berniaga pil kurus, pengumpul wang lama atau mereka yang membuat kandungan lucah," katanya kepada Harian Metro.

Foto: IG

Menurut Azhan, dia pantang melihat perkongsian perkara bukan-bukan di IG akaunnya termasuk Facebook. Ujarnya, kalau dia ternampak memang terus disekat kerana tidak mahu berbangga mempuyai jumlah pengikut 'toksid' yang ramai.

"Saya tak mahu pengikut yang toksid. Bagi saya, tak ada apa yang perlu dibanggakan pun sekiranya ramai yang mengikuti saya di IG atau Facebook itu adalah golongan toksik.



"Kalau berminat nak tahu mengenai saya jadilah pengikut ikhlas, tapi jika tidak berminat boleh sahaja 'unfollow'. Ditambah, kerjaya saya adalah pertaruhan utama perkongsian di media sosial dan bukan kisah peribadi," katanya. 

Menurut Azhan yang dikenali dengan watak Ustaz Hamadi dalam drama Nur dan Nur 2 berkata dia percaya hasil kerja yang baik akan sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat. Bahkan, jelasnya kalau ingin dihormati orang maka, kita juga perlu menghormati orang lain terlebih dulu.


Baru-baru ini, Azhan tampil menegur tindakan segelintir pengikutnya yang meninggalkan komen tidak sopan dan berbaur negatif selepas dia memuat naik foto bersama pelawak Ali Puteh di IG kerana mereka terbabit membintangi satu drama.

Azhan yang kurang selesa dengan tindakan pengikutnya menyelar sikap segelintir mereka (warganet) yang dianggap sebagai toksid dan meminta supaya tidak mencampuri urusan peribadi orang lain selain menyokong kerjaya sahaja. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 1-12-2020 01:07 PM
Sbb sekarang pelakon dipilih berdasarkan follower kat insta.. hope job xsangkut la sbb bil follower..
Quote smudger01 1-12-2020 01:21 PM
Terganggu plk dgn spelling 'toksid'..
Quote husna_amal 1-12-2020 03:58 PM
Tak biasa handle toxic lah ni.
Quote imanda 1-12-2020 04:28 PM
smudger01 replied at 1-12-2020 01:21 PM
Terganggu plk dgn spelling 'toksid'..

i tujukan pernyataan dibawah utk CARI-MRO.

Menurut Kamus Dewan Edisi Edisi Keempat, toksik bermaksud beracun dan toksin ialah bahan beracun yang dihasilkan oleh bakteria dalam organisma hidup atau mati yang boleh menyebabkan penyakit tertentu.Dan tiada padanan untuk toksid dan ejaan yang betul ialah toksik yang dipinjam daripada perkataan Inggeris, Toxic.
Quote RatuDunia94 1-12-2020 05:10 PM
Kena tanya cikgu Zack ni ejaan yg betul adakah Toksid, Toksik atau Toksin.

Iols baru tau ilmuan salah. Yg betul ilmuWAN
Quote YomiuriLandMae 1-12-2020 10:37 PM
RatuDunia94 replied at 1-12-2020 05:10 PM
Kena tanya cikgu Zack ni ejaan yg betul adakah Toksid, Toksik atau Toksin.

Iols baru tau ilmuan s ...

bestkan layan video2 cikgu zack tu.. byk gak iols blaja psl bahasa melayu..
Quote RatuDunia94 1-12-2020 10:58 PM
YomiuriLandMae replied at 1-12-2020 10:37 PM
bestkan layan video2 cikgu zack tu.. byk gak iols blaja psl bahasa melayu..

Kann.. dan selama iols hidup baru iols tahu ejaan yg betul is Reda bukan Redha.
Quote ikanmasin 1-12-2020 11:40 PM
akk puji lah dia jg sbb jaga mak nya.pg mana2 mst bawa kecuali masa dia berlakon...
Quote Auntyou 2-12-2020 12:04 AM
Awat kuat sentap
Quote LadyCarefree 2-12-2020 01:35 AM
Toksid? Toksid tu lakinya cyst.
Quote LadyCarefree 2-12-2020 01:36 AM
smudger01: Terganggu plk dgn spelling 'toksid'..



iols selalu terganggu bila nampak awek muda, harap maklong
Quote Lagubestbest 2-12-2020 02:00 AM
eh bukan dah kena tikam ke? ni ustad ni xde sape repot? haha
Quote clarizsa 2-12-2020 10:00 AM
Dia sndri pun toxic
Tak kebuluq nak follow lah
Tengok pun takmau
Lama dah unfollow
Jijik
Quote makton 2-12-2020 10:36 AM
aku pun dah unfollow mamat ni.. boring la ig dia.. takde gambar yg menarik pun.
edit guna filter pun buruk
Quote bulalof 2-12-2020 11:07 AM
kasihannn...
Quote Zeatyisaac 22-1-2021 08:09 PM
Dah tak minat dia sejak dia back up Ali. The same clan will stick together.
Quote Acikbawang 23-1-2021 10:29 PM
Anak dare jgk follow ostat ni. Nnt die bawak pulang ke rumah naya korg{:nose
Quote September14 24-1-2021 12:16 AM
Buat apa follow retis2 yg dah femes ni.. dah rmai dah follower diorg... mcm ct neelofa smua tu unfolo je... bkn diorg folo korg blik pun...
Quote cikgojesss 24-1-2021 01:05 AM
so ko boleh gi merepot.. typical orang tua sangkak takde pekerjaan tetap so so so? berangan hidup tak hadap followers lah konon so drama2 ko boleh masuk kuburan terus je.. baik ko gi cari kerja tetap la weh acik tua basic

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.086237 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top