Pengacara dan penyampai radio Shuk Sahar membuat keputusan untuk menghadiahkan sebuah telefon pintar kepada isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih mesra disapa Sera.
Menurut Shuk, 34, kejutan itu dibuat bagi membeli jiwa isterinya yang merajuk selepas dia sibuk dengan tuntutan kerja. "Baru-baru ni isteri saya @rossa.sera agak merajuk dekat saya. Sebab saya takda masa untuk dia. "Kadang-kadang balik rumah tu cuma berlaga bahu saja. Tak sempat nak borak-borak. "Balik rumah kadang-kadang terus letakkan kepala dekat bantal. Jadi dia agak monyok sikit sejak dua menjak ni. "Jadi saya sebagai suami yang baik dan gentlement!! Saya beri dia kejutan yang tak disangka-sangka guys," tulisnya di Instagram (IG). Pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar turut menyatakan gajet itu adalah idaman isterinya yang sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah iPhone.
"Sebenarnya isteri saya teringin sangat nak pakai iPhone. Jadi malam ni saya tunaikan impian dia untuk pakai iPhone!!" tulisnya lagi.
|
salmon-suki replied at 1-12-2020 03:48 PM
"Rossalennah Natassyiah Asshaferah "
Serius laa nama wife dia mcm tu?kacukan thalia rosalinda mir ...
mamajawie replied at 1-12-2020 03:53 PM
kalu aku la kn minta cerai je la dari makan hati berulam jantung..kot la dlm hati xtenang smpai ke s ...
Suchi replied at 1-12-2020 04:25 PM
Rumah baru dorang besar dan cantik mesti pikir byk kali gak bini dia kalau nk cerai.Banyak gak du ...
Mina2215 replied at 1-12-2020 03:55 PM
Ooo aku ingat merajuk bab skandal aritu
ADVERTISEMENT