Naya. Seorang budak berusia 7 tahun dari Filipina tanpa sengaja menimbulkan kekecohan kerana membuat 42 pesanan ke restoran makanan segera. Kanak-kanak itu hanya mahukan dua kotak fillet ayam dengan kentang goreng dari McDonald's untuk dirinya dan neneknya. 42 penghantar makanan FoodPanda tiba secara serentak dan terpaksa berbaris untuk menghantar satu pesanan hidangan filet ayam dan kentang goreng ke alamat yang sama telah menyebabkan kesesakan di kawasan kejiran itu. Foto dan video langsung kejadian ini disiarkan pengguna Facebook Dann Kayne Suarez yang juga jiran kepada kanak-kanak ini pada 25 November lalu. Loading FB Post... Menurut Dann, capaian Internet amat lemah ketika pesanan dibuat pada hari itu, telah menyebabkan kanak-kanak itu membuat pesanan berulang kali tanpa menyedari kesemua pesanan itu telah berjaya. "Nampaknya, banyak pesanan dicatat kerana sambungan Internet yang buruk dan aplikasi yang tidak sesuai" menurut catatan Facebooknya. Kanak-kanak itu menangis apabila mendapati perlu membayar 7.938 peso (RM672) untuk semua pesanan. Apabila jiran-jirannya mengetahui apa yang berlaku, mereka membantu membeli sebahagian daripada pesanan itu. |
Normabaru replied at 1-12-2020 07:15 PM
Alahai
Amigurumi replied at 1-12-2020 09:48 PM
Saya pernah dua kali jadi macam ni sebab apps. Tak sure mcm mana tapi both order mcm auto cancel
bintangct replied at 2-12-2020 07:22 AM
laa sian tp bkn kena byr online ke? iols xpenah beli pakai grab or panda
ADVERTISEMENT