CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kartel Tukar Daging Haram Jadi Halal, 1500 Tan Daging Bernilai RM30 Juta Disita

2-12-2020 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10253| Komen: 58

Sebanyak 1,500 tan daging sejuk beku bernilai RM30 juta disita pihak berkuasa.



[LAPORAN KHAS] JOHOR BAHRU – Taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia terbongkar dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai semalam.

Hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) kartel berkenaan dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku telah menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang kemudiannya akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula itu.

Tindakan itu dibuat bagi menyakinkan pemborong di Malaysia kononnya bekalan daging sejuk beku itu diperoleh dari negara yang dibenarkan pengimportannya sebelum dipercayai diedar ke pasaran tempatan.


Operasi diketuai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu mendapati kartel terbabit mengupah pekerja warga asing bagi melakukan kerja pembungkusan semula dengan mereka diberi kemudahan asrama penginapan di situ.


Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Maqis, Siti Nur Ahmad (tiga dari kiri) bersama pihak berkuasa yang turut serta dalam operasi bersepadu di Senai
Ketua Pengarah Maqis, Saiful Yazan Alwi berkata, dalam serbuan itu sebanyak 1,500 tan daging sejuk bernilai RM30 juta telah disita


Ketua Pengarah Maqis, Saiful Yazan Alwi berkata, dalam serbuan itu sebanyak 1,500 tan daging sejuk bernilai RM30 juta telah disita.

“Buat masa ini kita masih menyiasat lagi bagaimana daging sejuk beku yang kebanyakannya diseludup dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina boleh terlepas masuk,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Saiful Yazan Alwi

 
Operasi berkenaan turut disertai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor serta Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Saiful Yazan berkata, modus operandi sindiket terbabit adalah dengan mendapatkan stok daging sejuk beku dari luar negara sebelum dikatakan diseludup melalui Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

"Bagi memastikan kegiatan penyeludupan terbabit berjaya, mereka (sindiket) dipercayai akan menggunakan dokumen palsu termasuklah borang Kastam, permit import, sijil halal atau pun resit bayaran.

Pegawai Maqis menunjukkan cap palsu yang digunakan untuk proses pembungkusan semula daging sejuk beku.

 
"Bagi mengaburi mata pihak berkuasa pula, sindiket turut mengimport daging daripada sumber yang sah sebelum dibawa ke gudang terbabit di Senai," katanya.

Saiful Yazan berkata, setelah itu, daging-daging terbabit akan diletakkan di satu bahagian khas untuk disimpan.

Katanya, pemeriksaan lanjut juga mendapati daging yang dicurigai itu kemudian akan dibuat pembungkusan semula di dalam sebuah bilik yang dilengkapi mesin pemotong.

Antara pelekat dan cap halal dipercayai palsu yang ditemui di dalam gudang.

 
Difahamkan kerja-kerja pembungkusan itu dilakukan beberapa pekerja warga Bangladesh.

"Daging atau organ dalaman tersebut akan dimasukkan di dalam kotak sebelum ditampal dengan pelekat serta dicap dan dilabel seakan-akan daging terbabit adalah halal.

"Siasatan kita mendapati cap logo berkenaan ditempah dari sebuah premis percetakan di Ulu Tiram dekat sini. Malah, kita juga mengesan pembuatan pelekat yang dihasilkan sendiri di gudang berkenaan," katanya.

Tambahnya, daging 'halal' yang siap dibungkus semula kemudian akan diletakkan di peti simpanan bersuhu -18 darjah celcius. Malah ia juga dicampur dengan susunan daging lain yang memiliki sijil halal yang sah.

Katanya lagi, siasatan awal pihaknya mengesyaki ia adalah daripada sumber yang diperoleh dari loji penyembelihan tidak sah dan tidak diiktiraf oleh pihak Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Pegawai operasi membuat pemeriksaan daging sejuk beku dalam serbuan di sebuah gudang di Senai semalam.

 
"Di gudang ini dipercayai ada daging yang sah dan tidak sah. Kita percaya, kalau daging itu halal, tidak akan ada proses pembungkusan semula," katanya.

Mengulas mengenai kaitan gudang serta pusat pemborong berkenaan jelasnya, pusat pemborong tersebut disyaki mendapatkan bekalan daripada gudang terbabit berikutan penemuan bukti resit jualan yang ditemui.

"Selain itu, beberapa barang lain turut ditemui antaranya cap halal serta pelekat palsu yang digunakan sindiket berkenaan," ujarnya.
 
Jelas Saiful, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sejak bila kegiatan terbabit mula beroperasi selain mengesan rangkaian sindiket yang lain.

"Kita masih menyiasat lokasi daging terbabit diedar," katanya.

Tegasnya, Maqis memandang serius perkara ini dan tindakan undang-undang berkaitan serta akan bekerjasama dengan KPDNHEP untuk tindakan selanjutnya.

Sinar Harian 23 November lalu mula mendedahkan mengenai syarikat ejen fret (freight forwarder) yang menguruskan proses pengimportan daging sejuk beku halal mengambil jalan mudah mengimport daging sejuk beku dari negara yang tidak menerima kelulusan sah Jakim.

Kegiatan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu itu didakwa mendapat bantuan daripada ‘orang dalam’ di pintu masuk negara apabila kebanyakan daging sejuk beku import itu dibawa masuk menggunakan dokumen palsu.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/112898/LAPORAN-KHAS/Kartel-tukar-daging-haram-jadi-halal?fbclid=IwAR1NwVmKJ7u7KGASCce6ov61WrxwzB8b6SOO4p_oNfEV5vLzenSbgkh_53w
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf





Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decon 2-12-2020 10:45 AM
hal yg sebeginilah antara faktor restoran/warong/kedai makan milik melayu juga kena dapat pengesahan halal. ramai je pengusaha melayu ni main belasah je dapatkan bekalan bahan mentah dari bangsa lain, asalkan supplier tu cakap "jangan takut ma, ini daging, ini ayam melayu potong punya, wa cuma kasi sinang, kasi hantar ma...:
Quote Artemesiaa 2-12-2020 10:51 AM
Inilah yang dibimbangkan dah ler kebanyak peniaga makanan mengunakan daging sejuk beku ni sebab harganya lebih murah berbading daging segar.  
Quote shark 2-12-2020 10:56 AM
sebab tu aku lagi suka beli daging kat pasar...lembu tempatan.mahal sikit tak adahal support local...janji halal
Quote rospinki 2-12-2020 10:56 AM
yg ni ramai penjual chicken chop online beli dari frozen groceries. kat situ peniaga membeli stok basah. aku tak beli ayam daging situ..eeu. aku beli dari abe mulut becok. diorg semeblih dan proses smua situ. ayam fresh dan bersih. daging pun beli kt brother muka skema..sombong tapi hensem
Quote shark 2-12-2020 10:57 AM
Decon replied at 2-12-2020 10:45 AM
hal yg sebeginilah antara faktor restoran/warong/kedai makan milik melayu juga kena dapat pengesahan ...


punca besar dia kenapa bagi non muslim pun boleh mohon sijil halal..yang kedai tu minor problem. kalau atas pun menipu yg bawah2 habislah kena. kena cantas punca besar tu dulu


Quote dodolgemok 2-12-2020 11:01 AM
Decon replied at 2-12-2020 10:45 AM
hal yg sebeginilah antara faktor restoran/warong/kedai makan milik melayu juga kena dapat pengesahan ...

Kebanyakan ummah cakap melayu mesti la paham hukum hakam sebegitu, maka xperlu sijil halal. Tpi restorang yg terang2 dapat cop halal jakim tu pulak dipersoal kiri kanan siap kata palsu lgi tu. Ujong2 kena saman sbb fitnah.
Quote wnwa05 2-12-2020 11:04 AM

brand apa ni.. kasi reveal lah sekali.tiap kali viral mesti tak beritahu nama brand. apa benda lah media takut apa? kalau mat saleh slamber je telus..ni dah kira jenayah kot nak sorok apa lagi
Quote wnwa05 2-12-2020 11:05 AM
rospinki replied at 2-12-2020 10:56 AM
yg ni ramai penjual chicken chop online beli dari frozen groceries. kat situ peniaga membeli stok ba ...


nak pulak ayam gunting...lezat




Quote matchstick 2-12-2020 11:07 AM
1500 tan stock dia byk tu..agaknya most pasaraya dpt supply drpd sini.
Naseb baik aku tak makan daging
Quote sarah82 2-12-2020 11:09 AM
Mujur aku beli ayam dan daging dari penjual kat pasar..
Quote c===8 2-12-2020 11:14 AM
Kegiatan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu itu didakwa mendapat bantuan daripada ‘orang dalam’ di pintu masuk negara apabila kebanyakan daging sejuk beku import itu dibawa masuk menggunakan dokumen palsu.

cilakak betol tak abis2 makan rasuah
Quote kelapaparut 2-12-2020 11:36 AM
c===8 replied at 2-12-2020 11:14 AM
Kegiatan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu itu didakwa mendapat bantuan daripada ‘orang dalam ...

woww..lg skali 'org dalam' , sanggup tu khianat nak bg org islam mkn daging haram, org dalam ni keje kjaan kan melayu islam jugakkan, kimark ni bende ni pun amik rasuah gak, ni kite buat mkn kot, babi la korang..
Quote c===8 2-12-2020 11:39 AM
kelapaparut replied at 2-12-2020 11:36 AM
woww..lg skali 'org dalam' , sanggup tu khianat nak bg org islam mkn daging haram, org dalam ni ke ...

mungkin sebelum menjebakkan diri dgn sindiket ni org dalam tu dah tukar ugama kepada ugama sembah pokok
Quote kelapaparut 2-12-2020 11:42 AM
c===8 replied at 2-12-2020 11:39 AM
mungkin sebelum menjebakkan diri dgn sindiket ni org dalam tu dah tukar ugama kepada ugama sembah  ...

fuhh lega mendengarnye, at least ade sedikit husnozon utk pjawat awam melayu islam ni
Quote edayildiz 2-12-2020 12:07 PM
omaigod.daging apa  tu sbnrnya..nsb i x penah beli dgg mentah..tp pnh mkn ns goreng dgg beli kt kedai..
Quote edayildiz 2-12-2020 12:16 PM
rospinki replied at 2-12-2020 10:56 AM
yg ni ramai penjual chicken chop online beli dari frozen groceries. kat situ peniaga membeli stok ba ...

sama mcm ayah i..xbeli dgg frozen ke apa..sbb parents i dedua xmkn benda frozen..even hotdog nugget apa semua dorg xleh telan..dgg lmbu yg fresh pun he beli kt yg penjual tu dia knl
Quote the_killer 2-12-2020 12:34 PM
di malaysia...konsep halal hanya difahami dalam konteks haram makan babi
Quote sekngucing 2-12-2020 12:54 PM
kuat betul rasuah belah belah johor. ni
Quote husna_amal 2-12-2020 12:59 PM
Pakai "orang dalam" . Rasuah macam ni tak pasal2 ramai orang islam termakan makanan tak halal ni.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.090565 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top