Wanita meninggal dunia disambar petir ketika berteduh daripada hujan di sebuah pondok berhampiran ladang di daerah Dompu, Nusa Tenggara Barat. Lebih menyayat hati, kejadian berlaku di hadapan suaminya.
Kompas melaporkan, sebelum kejadian kelmarin itu, mangsa dikenali sebagai Maani berusia 36 tahun sedang membantu suami melakukan kerja di sebuah ladang kacang tanah. Disebabkan hujan, mereka berhenti melakukan kerja untuk berehat seketika di sebuah pondok, 100 meter dari ladang berkenaan. Namun, mangsa tidak bernasib naik apabila disambar petir ketika berjalan menuju ke pondok berkenaan. Ketua Polis Daerah Pajo, Abdul Malik berkata, selepas disambar petir, wanita itu terus rebah. Beliau berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian. "Terdapat kesan melecur pada bahagian punggung dan leher mangsa
"Suami mangsa mengangkat mayat isterinya dan meminta pertolongan daripada penduduk setempat," katanya. Sumber: Harian Metro |
RatuDunia94 replied at 2-12-2020 01:14 PM
Betul ke kalau ada kilat petir ni jgn berlindung bawah pokok.. lebih selamat terlentang kat tempat l ...
fms016 replied at 2-12-2020 02:49 PM
betul laa tu sbb kilat lagi suka sambar pokok..
klu bole jgn terlentang tapi duduk cangkung..
ADVERTISEMENT