Anggota bomba dan isteri didakwa memperkosa kanak-kanak sebelum menjahit luka koyakan pada tubuh mangsa. Argelio Pupo, 32, dan Morgan Keene, 27, didakwa melakukan serangan seksual itu terhadap kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun untuk 'mengajarnya cara membuat anak' pada Mei lalu di Apopka, Florida.
Ketika Pupo melampiaskan nafsu, mangsa mula mengeluarkan darah pada kemaluannya dan Morgan yang menyaksikan perbuatan jijik suaminya itu membantu menghentikan pendarahan dialami kanak-kanak berkenaan, lapor Mirror. Menurut laporan, mangsa mendakwa peralatan menjahit digunakan pasangan terbabit dibeli Morgan. Sementara itu, Morgan mendakwa luka mangsa dijahit Pupo, lapor My News 13. Polis menyerbu rumah pasangan terbabit selepas menerima pada 11 November selepas menerima laporan mengenai gangguan dilakukan mereka.
Polis kemudian bercakap dengan dua saksi yang dipercayai mengetahui kejadian berlaku terhadap kanak-kanak berkenaan. - CARI
|
ADVERTISEMENT