Ayer Keroh: Pembelian seekor singa oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) untuk ditempatkan di Zoo Melaka sudah dirancang sejak tahun lalu. Malah, peruntukan bagi membeli haiwan liar berkenaan juga sudah diluluskan menerusi pembentangan Belanjawan 2020 negeri pada Oktober 2019. Yang Dipertua MPHTJ Datuk Shadan Othman berkata, cadangan pembelian singa itu bertujuan untuk menggantikan dua singa sedia ada di zoo berkenaan yang sudah tua dan tidak lagi sesuai untuk dipamerkan bagi tujuan pendidikan kepada pengunjung. "Singa yang ada di Zoo Melaka ketika ini sebenarnya disahkan baik oleh unit veterinar dan keadaannya yang kurus bukan berpunca daripada pengabaian kebajikan hidupan liar itu, sebaliknya disebabkan faktor umur dan tahap keuzurannya, ia menyebabkan singa ini sering dikecam pengunjung. "Justeru, dengan perolehan singa baharu ini, program dan mesej konservasi dapat disampaikan dengan lebih jelas dan baik kepada pengunjung," katanya dihubungi hari ini. Shadan diminta mengulas tawaran sebut harga yang dikeluarkan MPHTJ untuk membeli seekor singa Afrika dan lima meerkat bagi tujuan pameran di Zoo Melaka. Harga yang diluluskan pula kurang RM100,000. Tawaran yang dikeluarkan itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai terutama ketika beberapa zoo berhadapan masalah kewangan untuk membiayai kos penjagaan haiwan ketika ini. Shadan berkata, Zoo Melaka turut berhadapan dengan situasi yang sama, namun berusaha untuk melaksanakan beberapa program bagi menarik pengunjung. Ia termasuk melancarkan program Zoo Tunnel sebagai usaha memberi pengalaman baharu kepada pengunjung. Sumber : hmetro.com.my
|
sharlenetexas replied at 3-12-2020 01:13 AM
Boleh tangkap "babi babi" dan babi kat melaka bagi makan kat singa ni.
sharlenetexas replied at 3-12-2020 01:13 AM
Boleh tangkap "babi babi" dan babi kat melaka bagi makan kat singa ni.
ADVERTISEMENT