LOHONG hitam Sagittarius A* terletak di tengah galaksi Bima Sakti dan mempunyai jisim 4.2 juta lebih besar daripada Matahari. – ESO
TOKYO – Kajian terbaharu oleh pakar-pakar angkasa lepas mendedahkan bahawa kedudukan Bumi sekarang adalah 2,000 tahun cahaya lebih hampir dengan lohong hitam di Galaksi Bima Sakti, lapor akhbar Mirror UK. Pasukan pakar Balai Cerap Kebangsaan Jepun berkata, kedudukan Bumi dengan lohong hitam tersebut adalah pada jarak 25,800 tahun cahaya berbanding 27,700 tahun cahaya sebelum ini seperti yang dilaporkan Kesatuan Astronomi Antarabangsa pada 1985. “Lohong hitam yang diberi nama Sagittarius A* atau Sgr A* itu berada di tengah Galaksi Bima Sakti dan mempunyai jisim 4.2 juta kali ganda lebih besar daripada Matahari. “Kajian yang kami jalankan turut mendapati sistem solar kita bergerak lebih pantas pada kelajuan 227 kilometer (km) sejam berbanding 220 km sejam pada kajian lepas,” katanya. Pasukan pakar Jepun juga berkata, keputusan tersebut diperoleh menerusi projek VERA yang ditubuhkan pada tahun 2000 untuk mencerap halaju dan struktur ruang Galaksi Bima Sakti secara tiga dimensi dengan lebih tepat. “Projek VERA bermula sejak tahun 2000 untuk mencerap halaju dan struktur Galaksi Bima Sakti dalam bentuk tiga dimensi menggunakan teknik dipanggil interferrometri yang menggabungkan data teleskop radio di seluruh Jepun. “Kaedah itu mampu mence-rap dengan resolusi sama se-perti menggunakan teleskop berdiameter 2,300 km, manakala ketepatan ukurannya mampu melihat dengan jelas seke-ping duit syiling di permukaan Bulan,” kata mereka. Sumber – Agensi |
dani-rox replied at 3-12-2020 02:12 AM
Katanya bumi akan stretch abis sampai rupa fizikalnya lenyap. Masa akan mengecut, maka bumi dan sega ...
sarah82 replied at 3-12-2020 02:39 AM
kalau kita tengok tape video rewind semua jalan kebelakang...maknanya masa akan berundur ke belaka ...
dani-rox replied at 3-12-2020 04:27 AM
kalau ikut teori Big Crunch, gitulah yg bakal terjadi kerana universe expansion berlaku lebih pant ...
dani-rox replied at 3-12-2020 04:27 AM
kalau ikut teori Big Crunch, gitulah yg bakal terjadi kerana universe expansion berlaku lebih pant ...
ADVERTISEMENT