CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-Kanak Dilapor Hilang, Dijumpai Bersama Bapa Kandung

3-12-2020 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3179| Komen: 11

Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang berhampiran rumahnya di Setapak Jaya, Wangsa Maju, di sini, semalam, ditemui dalam jagaan bapa kandungnya, hari ini.

Kehilangan kanak-kanak berkenaan, Muhammad Afif Mohd Izmeet Iskandar berusia lapan tahun dilaporkan hilang, semalam sebelum maklumat kehilangannya dilaporkan menerusi Sistem National Urgent Response (Nur) Alert, hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak lelaki itu oleh bapa angkatnya berusia 57 tahun, semalam.



"Menurut pengadu, dia bersama kanak kanak itu sebelum menyedari kehilangannya sebaik pulang dari kedai berdekatan dengan pangsapuri didiaminya.


"Pengadu cuba mencari kanak-kanak itu di kawasan berdekatan kediaman namun gagal sebelum membuat laporan di balai polis berhampiran," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rajab berkata, pihaknya melakukan hebahan siaran media melalui talian Nur Alert berhubung perkara itu.



"Siasatan lanjut mendapati kanak-kanak itu sebenarnya berada dalam jagaan bapa kandungnya. Terdapat sedikit salah faham antara bapa kandung dan bapa angkat kanak-kanak berkenaan yang menyebabkan kejadian terbabit.

"Pemeriksaan awal mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam keterangan termasuk pihak lain yang terbabit.

"Sebaik selesai proses dokumentasi, kanak-kanak itu diserahkan semula kepada pengadu untuk tindakan lanjut.

"Kami menyeru kepada semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak betul.

"Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua pihak atas maklumat dan tindakan segera yang diterima daripada orang ramai sehingga selesainya kes ini," katanya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manjahati 3-12-2020 10:46 AM
Warna mata biru coklat...apa2 pun syukur dh jumpa
Quote Decon 3-12-2020 10:54 AM
kenapalah polis yg terima report tersebut tidak arahkan pengadu tanya saudara-mara & sesiapa yg berkepentingan terhadap budak tu dahulu?
Quote bluebutter 3-12-2020 12:00 PM
handsome budak ni. umur lapan tahun dah tinggi 131cm. ada baka paki kut kan?. sebab tinggi dan lawa budak ni.
Quote auntieagony 3-12-2020 12:06 PM
Dah 8 thn umur budak tu, baru membuak2 perasaan bapa kandung nak jaga dia.

Masa kecik2, semasa renyah sikit nak menjaga, takder pulak nak berebut2 jaga anak.

Inilah satu dilema membela anak angkat.
Quote Artemesiaa 3-12-2020 12:11 PM
Betul ada je kes yang sama dilapurkan sebelum ni.  Masa masih kecil tak nak jaga bila anak dah seusia tu baru nak tuntut semula baru nak datang penyesalan pada mak pak kandung nak jaga semula.  Kan dah menyusahkan keluarga angkat pula akkhirnya.
Quote lattehazelnut 3-12-2020 12:39 PM
Budak tu tau x bapak kandung dia..
Seram gak tiba2 kne culik ngaku bapak kandung..
Takut penculik lepas ni pakai alasan sama..
Quote kimsa-ra 3-12-2020 02:08 PM
Alhamdulillah. Janji ditemukan selamat.
Quote FOTHER-MUCKER 3-12-2020 02:14 PM
Adakah ini anak alien?
Quote husna_amal 3-12-2020 02:19 PM
Kalau nak ambil anak tu dengan cara baik tak boleh ke. Tak pasal2 menyusahkan ramai pihak.
Quote ikanmasin 3-12-2020 04:32 PM
bincanglah baik2.nsb baik bukan kene culik..
Quote arm_band 3-12-2020 04:35 PM
adoiii xde wasap ker

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.149413 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top