PM terkilan tidak dapat ke Manchester St Jude, ribut yang melanda selatan Britain semalam, menyebabkan penerbangan Datuk Seri Najib Razak ke Manchester untuk menghadiri program sukarela 1M4U dibatalkan. Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja di sini untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) ke-9 dijadual berlepas ke Manchester dari Lapangan Terbang Luton. Seorang pegawai Wisma Putra di sini berkata, Agensi Alam Sekitar Britain mengeluarkan lapan amaran banjir di barat daya England, manakala pengendali perkhidmatan kereta api dan syarikat penerbangan membatalkan perkhidmatan pagi. Ribut besar St Jude Ribut St Jude dari Lautan Atlantik melanda Britain seawal pagi semalam dengan jabatan meteorologi meramalkan ribut besar sejak sedekad lalu. Bagaimanapun, program Perdana Menteri di WIEF di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Excel London, berlangsung mengikut jadual. Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini, Datuk Seri Zakaria Sulong memaklumkan Najib terkilan kerana tidak dapat menghadiri majlis jamuan teh bersama rakyat Malaysia di Manchester. Beliau amat berharap lawatan yang agak panjang ke United Kingdom kali ini memberi peluang kepadanya bertemu rakyat Malaysia, terutama pelajar di Manchester. Perdana Menteri turut terkilan kerana tidak dapat mengambil bahagian dalam program sukarela 1M4U membabitkan acara memasak dan mengedarkan makanan untuk mereka yang memerlukan dan program Rakan Surau di Pusat Islam dan Kebudayaan di Manchester. Zakaria berkata, ribut yang melanda Britain dan nasihat daripada pihak berkuasa Britain menyebabkan juruterbang pesawat tidak mahu mengambil risiko. Setakat ini, kira-kira 1,000 pelajar masing-masing di Swansea dan Cardiff di Wales serta Bristol di England, antara kawasan yang dilaporkan terjejas, selamat. Zakaria berkata, ribut yang menyebabkan banyak kerosakan itu kini berakhir dan bergerak menuju ke Denmark.
|
harimau76 posted on 29-10-2013 08:53 AM
kalau buruk sangka ni cacai mmg hebat.... apa salahnya dia nak pi Manchester pun.. dah mmg ramai rak ...
ADVERTISEMENT