CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Campur Darah Haid, Air Kencing Dalam Makanan -Wanita Filipina Didakwa

3-12-2020 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6606| Komen: 39

Seorang wanita warga Filipina dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh mencampurkan darah haid dan air kencingnya ke dalam makanan dihidangkan kepada penghuni sebuah rumah pangsa di Sengkang.


Tertuduh, Canares Rowena Ola, 43, yang mengaku bersalah semalam, kini memutuskan untuk mencabar pertuduhan berhubung salah lakunya itu ketika dibicarakan di mahkamah daerah.

Timbalan Pendakwa Raya, Keith Jieren Thirumaran, memberitahu Hakim Daerah, Marvin Bay, bahawa tertuduh sebelum ini mengaku melakukan kesalahan berkenaan dalam beberapa pengakuannya kepada pihak berkuasa.

Gambar Hiasan

Namun, perincian mengenai pekerjaan tertuduh dan bagaimana beliau dikaitkan dengan kesalahan berkenaan serta punca kejadian pada Disember 2018 itu tidak dinyatakan dalam dokumen mahkamah.


Mahkamah turut dimaklumkan, makanan yang tercemar itu sudah dimakan dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tidak dapat dijalankan bagi kes berkenaan.

Ola diwakili oleh peguam bela, Kalaithasan Karuppaya dan pra-perbicaraan akan diadakan pada 25 Januari depan.

Sementara itu, dalam kes berasingan awal tahun ini, seorang pembantu rumah warga Indonesia dikenakan hukuman penjara enam bulan dan tujuh minggu.

Dia didakwa atas kesalahan mencemarkan air minuman dan nasi dengan mencampurkan air kencing, air liur dan darah haidnya.

Diana, 30, berkhidmat dengan sebuah keluarga di Punggol pada 2017 sebagai pembantu rumah.

Difahamkan, dia percaya dengan memberi minuman dicampurkan dengan kotoran itu, keluarga berkenaan akan tunduk dan tidak sesekali memarahinya.

Mangsanya didapati sudah memakan bahan tercemar berkenaan.

Diana juga mencuri lebih daripada S$13,000 (RM39,574) wang milik ibu majikannya dalam lima kejadian berasingan antara Ogos 2017 dan Jun 2018.

Diana akhirnya mengaku bersalah atas dua tuduhan salah laku dan mencuri. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote R2D2 3-12-2020 11:43 AM
nasi tangas = nasi kangkang
Quote CARI-MRO 3-12-2020 12:25 PM
Seorang wanita warga Filipina dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh mencampurkan darah haid dan air kencingnya ke dalam makanan dihidangkan kepada penghuni sebuah rumah pangsa di Sengkang.


Tertuduh, Canares Rowena Ola, 43, yang mengaku bersalah semalam, kini memutuskan untuk mencabar pertuduhan berhubung salah lakunya itu ketika dibicarakan di mahkamah daerah.


Timbalan Pendakwa Raya, Keith Jieren Thirumaran, memberitahu Hakim Daerah, Marvin Bay, bahawa tertuduh sebelum ini mengaku melakukan kesalahan berkenaan dalam beberapa pengakuannya kepada pihak berkuasa.



Gambar Hiasan





Namun, perincian mengenai pekerjaan tertuduh dan bagaimana beliau dikaitkan dengan kesalahan berkenaan serta punca kejadian pada Disember 2018 itu tidak dinyatakan dalam dokumen mahkamah.


Mahkamah turut dimaklumkan, makanan yang tercemar itu sudah dimakan dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tidak dapat dijalankan bagi kes berkenaan.


Ola diwakili oleh peguam bela, Kalaithasan Karuppaya dan pra-perbicaraan akan diadakan pada 25 Januari depan.


Sementara itu, dalam kes berasingan awal tahun ini, seorang pembantu rumah warga Indonesia dikenakan hukuman penjara enam bulan dan tujuh minggu.


Dia didakwa atas kesalahan mencemarkan air minuman dan nasi dengan mencampurkan air kencing, air liur dan darah haidnya.


Diana, 30, berkhidmat dengan sebuah keluarga di Punggol pada 2017 sebagai pembantu rumah.


Difahamkan, dia percaya dengan memberi minuman dicampurkan dengan kotoran itu, keluarga berkenaan akan tunduk dan tidak sesekali memarahinya.


Mangsanya didapati sudah memakan bahan tercemar berkenaan.


Diana juga mencuri lebih daripada S$13,000 (RM39,574) wang milik ibu majikannya dalam lima kejadian berasingan antara Ogos 2017 dan Jun 2018.


Diana akhirnya mengaku bersalah atas dua tuduhan salah laku dan mencuri. -CARI


Sumber: Berita Harian
Quote OmJualGas 3-12-2020 12:53 PM
Nasi kangkang pilak...yukksss...
Quote FOTHER-MUCKER 3-12-2020 12:54 PM
Lebih selamat jika di ajak orang gaji makan sekali. Jika dia tidak mau makan..mesti ada apa apa yang tidak betul!
Quote Kurex 3-12-2020 01:08 PM
Kawan aku bangga gila dapat kawan dgn pinoy..... Senyum sinis je aku bila dia asyik cerita pasal kawam pinoy dia
Quote Catpaw 3-12-2020 01:13 PM
Yuckhhss nak muntah baca
Quote darkness 3-12-2020 01:26 PM
Dimana berlaku ni? Pelik2 nama peguam dia. Thailand ka?
Quote any42 3-12-2020 01:30 PM
otw nk p lunch ni trus tpotong selera
Quote Zirara99 3-12-2020 01:34 PM
Nak muntah baca. Macam mana boleh kantoi haa?? Uwekkkkk muntah hijau
Quote dani-rox 3-12-2020 01:42 PM
euuwww... putang ina mo
Quote Mina2215 3-12-2020 02:08 PM
Kat negara Temasik ke ni? Sebab denda dalam dolar Singapore je
Quote husna_amal 3-12-2020 02:54 PM
Dah la gaji untuk maid filipina ni mahal. Lepastu tergamak dia buat macam tu.
Quote buragazz 3-12-2020 02:55 PM
Alahai nasib lepas bedal nasi bryani gam muar baru terbaca cerita ni.. tapi ada rasa kembang jugak tiba2 ni.. jangan terkeluar bailik sudah..
Quote Omni60 3-12-2020 03:47 PM
Bodo punya betina jijik !!!
Betina ini patut di cangkul kan shj cipapnya
Quote salmon-suki 3-12-2020 03:55 PM
Kurex: Kawan aku bangga gila dapat kawan dgn pinoy..... Senyum sinis je aku bila dia asyik cerita pasal kawam pinoy dia

Dah kena nasi haid ngn air kencing belum kawan kurex tu?hihihi~{:smile
Quote sehirkedi 3-12-2020 05:01 PM
Yucks...gelinyaa
Tak dapat bayangkan betapa trauma majikannya.
Ni dia rupa cikki musibat ni..
BH_20201203_AYC292T_4351904.jpg
Quote danastri 3-12-2020 05:08 PM
Loya nya baca
Quote Jitu 3-12-2020 05:44 PM
uwekkk
Quote sarah82 3-12-2020 07:17 PM
Kiranya nasi kangkang versi pinoy?

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.059281 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top