Jika anda peminat filem era 80-an, pastinya anda teruja mendengar berita yang membabitkan primadona anak kesayangan arwah S Roomai Noor dan Umi Kalthum ini. Ya, perjalananan seni Noorkumalasari, 6, bakal dilakonkan dalam drama bersiri berjudul
Akulah Noor di TV3. Penerbit Zeel Production Sdn Bhd, Fadzil Teh berkata,
pihaknya masih dalam proses mencari pelakon yang sesuai bagi melakonkan
watak Noorkumalasari itu. "Alhamdulillah, pihak kami sudah berjumpa dan berbincang dengan Kak Noor. Dia bersetuju untuk penerbitan drama ini yang memaparkan kisah hidupnya. Jadi, sekarang kami dalam proses nak mencari pelakon yang sesuai." Seperti dilaporkan Harian Metro, pihak produksi sedang mencari bakat baru yang mempunyai ciri-ciri pelakon berkarektor iaitu tinggi dan ada
'look' Kak Noor. Drama itu memaparkan kisah Noorkumalasari bermula sebagai peragawati, terbabit dalam bidang nyanyian, lakonan sehinggalah berkahwin dan juga kisah hidup bermadu. "Cerita memang sepenuhnya daripada Kak Noor. Dia berkongsi apa yang ramai tak tahu termasuk kehidupan bermadu. Cuma, akan ada sedikit elemen 'drama' untuk menarik perhatian penonton. Tapi, taklah keterlaluan sehingga lari dari cerita asal." Bagi Fadzil, dia dan ramai lagi sangat teruja untuk menerbitkan drama ini. Malah, beberapa individu penting dalam kehidupan Noorkumalasari juga akan ditampilkan antaranya watak Anita Sarawak dan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad. Wah! Noorkumalasari memang antara pelaris filem-filem era 70-an dan 80-an. Pasti ramai tidak sabar untuk menontonnya nanti. - CARI |
fadz84 replied at 4-12-2020 10:39 AM
So watak allahyarham Dato Sudirman pun kna ada la kn.. dorg kn best friend & selalu pair together dl ...
Normabaru: Antara living lagend yg betul2 berhijrah.. Suka watak retis yg humble gini
kechikchomel replied at 4-12-2020 10:42 AM
Arwah Dato' Sudirman - que haidar. tapi arwah tu macam kecik je orangnya kan? Que macam tinggi?
ADVERTISEMENT