CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berbogel Di Kota London Dapat RM44,000

4-12-2020 08:39 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5887| Komen: 32





Gara-gara dicabar oleh rakannya, seorang wanita sanggup berbasikal dengan berbogel meredah kesejukan di kota London sejauh 16km.

Pengorbanannya berbaloi apabila dia diberi ganjaran sebanyak 8,000 pound sterling atau kira-kira RM44,000 kerana keberaniannya menahan kesejukan 4 darjah selsius di musim sejuk ini.

Foto : Kerri Barnes

Ahad lepas, Kerri Barnes mengayuh basikal tanpa mengenakan pakaian, hanya lah seluar dalam untuk menutup kesejukan di alat sulit.


Menurut Daily Star, Kerri sebenarnya berbuat demikian untuk mendapatkan dana bagi badan bukan kerajaan kesihatan mental setelah kehilangan sepupunya dalam insiden mental tersebut.

"Saya bertanggungjawab menyebarkan kesedaran mengenai pentingnya kesihatan mental ini kerana sejak tempoh kuarantin, kes mental meningkat mendadak."

Foto : Kerri Barnes


Bagi Kerri, sangat menyedihkan apabila sepupunya sendiri mengambil keputusan mengambil nyawanya sendiri ketika perintah berkurung pertama baru-baru ini.

"Jadi, saya lakukan sesuatu yang luar biasa supaya mendapat perhatian iaitu berbogel di Kota London."

Malahan, respon yang diterima oleh netizen sangat positif kerana menyedari kepentingannya kepada kesihatan.


Foto : Kerri Barnes


Untuk menjayakan program ini, Kerri berlatih di bawah mandian air sejuk yang tidak lah sesejuk seperti yang digambarkan.

"Ketika melintas jambatan Waterloo, angin memang sejuk. Begitu juga di Hyde Park dan Trafalgar Square, beberapa pasangan turut bersama-sama saya mengayuh basikal dan ada yang menurunkan tingkap kereta menegur dan ianya pengalaman yang menyeronokkan."

Foto : Kerri Barnes

Macam-macam yang dilakukan oleh mereka ya. Ada orang Malaysia berani menyahut cabaran? - CARI

1

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 4-12-2020 10:59 AM
Ironik ..untuk dana sakit mental.
Quote matbad 4-12-2020 11:01 AM
Bussukkkkkk
Quote Decaffeinated 4-12-2020 11:04 AM
Kalau tak kena kecam I'll do it for free.

Chup... demi pesakit mental kan? Even more so
Quote Artemesiaa 4-12-2020 11:07 AM
Ala bukan kejadian pertama pun sebelum ni beberapa tahun yang lepas pun ada program bogel berbasikal beramai2 macam ni juga.  Selain tu ada juga program berbogel sambil naik tube juga.
Quote adeqbun 4-12-2020 11:10 AM
dh serupa platipus je sukati bogel2
Quote bakingsoda 4-12-2020 11:32 AM
takde cabaran lain ke boleh buat utk bagi dana kat dia? dia pulak yg nampak mental berbogel kat public dlm kesejukan
Quote lurve82 4-12-2020 11:43 AM
utk dana sakit mental..perlu ke ko pun ikut jd mental?
Quote Boomibulat 4-12-2020 12:15 PM
Lelaki ada tak yg nak bayar..tapi sekadar 2b je la..
Quote ninja9 4-12-2020 12:16 PM
Cubalah bagi cabaran kepada dia buat acara yang sama di india..
Quote husna_amal 4-12-2020 12:31 PM
Orang nak bagi dana pun sampai ambil kesempatan bagi cabaran macam tu.
Quote dudaberhias 4-12-2020 12:34 PM
cikki tu cantik sooo di maafin oleh iolsss... harap2 dia dapat kumpul lagi banyak dana...
Quote matchstick 4-12-2020 01:04 PM
Kerri Barnes mengayuh basikal tanpa mengenakan pakaian, hanya lah seluar dalam untuk menutup kesejukan di alat sulit.

tau pulak sejuk kt bawah tu
Quote dua_chzy 4-12-2020 01:07 PM
dudaberhias replied at 4-12-2020 12:34 PM
cikki tu cantik sooo di maafin oleh iolsss... harap2 dia dapat kumpul lagi banyak dana...

Kan. Badan pun ok. Inilah ke'bias'an dunia.
Quote MakareyumSuciey 4-12-2020 01:08 PM
Artemesiaa replied at 4-12-2020 11:07 AM
Ala bukan kejadian pertama pun sebelum ni beberapa tahun yang lepas pun ada program bogel berbasikal ...

Ye uols...dah normal kat sana...not only UK..mana2 la kat oversea ala2 celebrate hari naturist or nudism ni. Semua tu ala2 berkempen...myols ok jer...budaya diorg kan. Kita jgnlah ikut. Utk knowledge ok la.
Quote noor2 4-12-2020 01:17 PM
Nasib body kurus lawa....kalau sebaliknya
Quote EvieWanKenobi 4-12-2020 01:28 PM
murahnya harga..
Quote helicornia 4-12-2020 01:53 PM
rasanya dana pesakit mental tu elok bagi kat dis
Quote ChildrenOfBodom 4-12-2020 02:15 PM

Too cold
Ice ice titty
Quote mamajawie 4-12-2020 02:40 PM
kutip dana untuk sakit mental tpi ko pun sama mental..jadah

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.112443 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top