Niat seorang peminat mahu memuji Siti Elizad yang kelihatan muda namun tidak sengaja membuatkan pelakon itu sedih kerana tersalah meneka usianya. Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Elizad memuat naik mesej pujian yang diberikan oleh peminatnya itu yang menyangkakan penyampai radio Sinar FM itu sudah mencecah usia 40-an. “Lawa Elizad nampak seperti kakak walaupun dah 40 series. Untung suami,” tulis peminat tersebut. Meskipun tidak mengambil mesej tersebut secara serius, namun pelakon berusia 36 tahun itu mengakui rasa sedih. Dalam entri tersebut, Elizad turut menyertakan kapsyen mengatakan bukan dirinya yang sudah berusia 40-an tetapi suaminya yang kini berusia 49 tahun. Diruangan komen, ramai yang terhibur dengan perkongsian Elizad itu. Kata netizen lagi, meksipun sudah berusia 30-an namun wajah pelakon itu kelihatan lebih muda daripada usianya seperti usia 20-an. Sumber : rotikaya.com |
ADVERTISEMENT