CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dulu Pramugari, Sekarang Kerja jual Tong Gas

4-12-2020 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5412| Komen: 24

Demi kelangsungan hidup, seorang bekas pramugari dari Filipina sanggup mengetepikan rasa malu dengan menjual tong gas cecair petroleum (LPG).

Manila Bulletin melaporkan pekerjaan itu dilakukan Maurice Maureen Avila selepas diberhentikan kerja pada 16 Oktober lalu berikutan kerugian ditanggung syarikat penerbangannya akibat Covid-19.


Avila tidak menafikan sedih kerana sudah tiga tahun mencari rezeki sebagai pramugari, iaitu bidang yang diminati.

Foto: Harian Metro

Malah, apa yang berlaku membuatkannya hilang selera makan dan menangis setiap malam memikirkan nasibnya.

Namun, wanita itu akur dan cuba mengumpul kekuatan untuk bangkit semula meneruskan hidup.


"Setiap malam saya bertanya kepada Tuhan mengapa jadi begini sedangkan saya bekerja keras selama ini.

"Hingga satu hari, tercetus idea untuk menjual tong gas (LPG) dan sejak itu, saya nekad meneruskan jualan bersama kekasih saya.

"Saya kembali bersemangat dan harap mereka yang senasib tidak berputus asa," katanya menerusi hantaran di media sosial.

Kini, Avila menerima takdir dan selesa menjalani hidupnya walaupun rutin hariannya sudah berubah.

"Sepanjang lebih sebulan menganggur, saya sedar yang kita hanya boleh merancang tetapi Tuhan menentukannya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 4-12-2020 09:51 AM
kuatnya dia angkat tong gas..
Quote brego 4-12-2020 10:36 AM
Quote Artemesiaa 4-12-2020 10:45 AM
Bagus cepat bangkit semula kalau asyik meratap mengenang nasib bukan boleh ubah keadaan seperti sebelumnya pun.  Hidup harus diteruskan kena sentiasa pandang kedepan.
Quote OmJualGas 4-12-2020 11:04 AM
Edited by OmJualGas at 4-12-2020 11:29 AM

Pilak jual gas...
Quote CARI-MRO 4-12-2020 11:06 AM
Demi kelangsungan hidup, seorang bekas pramugari dari Filipina sanggup mengetepikan rasa malu dengan menjual tong gas cecair petroleum (LPG).


Manila Bulletin melaporkan pekerjaan itu dilakukan Maurice Maureen Avila selepas diberhentikan kerja pada 16 Oktober lalu berikutan kerugian ditanggung syarikat penerbangannya akibat Covid-19.


Avila tidak menafikan sedih kerana sudah tiga tahun mencari rezeki sebagai pramugari, iaitu bidang yang diminati.


Foto: Harian Metro




Malah, apa yang berlaku membuatkannya hilang selera makan dan menangis setiap malam memikirkan nasibnya.


Namun, wanita itu akur dan cuba mengumpul kekuatan untuk bangkit semula meneruskan hidup.


"Setiap malam saya bertanya kepada Tuhan mengapa jadi begini sedangkan saya bekerja keras selama ini.


"Hingga satu hari, tercetus idea untuk menjual tong gas (LPG) dan sejak itu, saya nekad meneruskan jualan bersama kekasih saya.


"Saya kembali bersemangat dan harap mereka yang senasib tidak berputus asa," katanya menerusi hantaran di media sosial.


Kini, Avila menerima takdir dan selesa menjalani hidupnya walaupun rutin hariannya sudah berubah.


"Sepanjang lebih sebulan menganggur, saya sedar yang kita hanya boleh merancang tetapi Tuhan menentukannya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote OmJualGas 4-12-2020 11:13 AM
Pilak jual gas ...
Quote little_sis 4-12-2020 11:13 AM
https://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1226184&mobile=2
Quote rashiman 4-12-2020 11:23 AM

bila dah pulih pandemik covid-19, bolehlah mohon balik kerja sebagai pramugari...
Quote mamajawie 4-12-2020 11:39 AM
rata2 yg jadi pramugari ni lulusan tahap SPM..bila soh cari keje bese2 malu xnak sbab da terbiasa jadi geng awangan..puihhhh
Quote TomyamPuteh 4-12-2020 12:37 PM
Xde gas, dapur pon x berasap weh
Quote abcdotcom 4-12-2020 12:38 PM
Rezeki halal
Quote husna_amal 4-12-2020 12:39 PM
Ok lah tu ada kerja yang baik. Yang tak ok kalau malas atau buat kerja haram.
Quote salmon-suki 4-12-2020 12:46 PM
Halaaa halaaa halaaaaaa....bosan laaa..please laa highlight benda berfaedah sket..sejak bila porem cari jual citer murahan mcm ni???
Quote cucuq 4-12-2020 01:03 PM
mamajawie replied at 4-12-2020 11:39 AM
rata2 yg jadi pramugari ni lulusan tahap SPM..bila soh cari keje bese2 malu xnak sbab da terbiasa ja ...

yelah selain SPM deme kan berwajah cantik xder kelas laa nk kerja biase2..tpi salute gak dengan sesetengah dorang ni trmasuk pilot skali yang bangkit n x memilih kerja..
Quote syamzana 4-12-2020 01:08 PM
brego replied at 4-12-2020 10:36 AM

tetap bergaya heret tong gas pun.
Quote WandaMi 4-12-2020 01:34 PM
All the best sis (macam lah dia baca haha). Smoga jadi semangat utk golongan terjejas. you can do it!
Quote ikanmasin 4-12-2020 02:16 PM
bgs lah cepat jg berusaha balik.dr takde kerja kan..
Quote insulin 4-12-2020 02:35 PM
Merepek sungguh jual gas dengan berseluar pendek.
Quote depresio 4-12-2020 02:47 PM
TomyamPuteh replied at 4-12-2020 12:37 PM
Xde gas, dapur pon x berasap weh

Skrg pakai induction so xyah gas hahaha

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.078163 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top