Bapa kepada
empat anak ditangkap apabila polis menemui mayat dua anaknya
berusia 12 dan 13 tahun yang telah dipenggal dan badan mereka mempunyai
kesan tikaman bertalu-talu. Dua beradik (lelaki dan perempuan) itu telah ditemui oleh Bahagian Kebakaran Los Angles berikutan ada laporan kebocoran gas di kawasan perumahan Lancaster, California. Menurut laporan Daily Star, pihak polis menahan bapa kepada
kanak-kanak tersebut, Maurice Taylos, seorang jurulatih peribadi dengan
wang ikat jamin sebanyak RM2 juta.
Ketika kejadian, ibu kanak-kanak terbabit turut berada di dalam rumah serta disoal-siasat, namun dia tidak ditangkap. Leftenan
Brandon Dean menjelaskan mereka masih menyiasat kaitan antara tempoh kematian kanak-kanak
tersebut dengan kebocoran gas. Sementara itu, dua kanak-kanak lagi ditemui di rumah sama
tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan. Mereka dihantar ke
hospital untuk pemeriksaan lanjut dan kini dibawah penjagaan Bahagian Kanak-kanak dan Keluarga
Los Angeles. Sementara itu, Datuk Bandar Lancaster, Rex Parris menyifatkan penemuan mayat yang sangat mengerikan itu mungkin akibat pandemik yang menimbulkan persekitaran yang tidak selamat. "Apa yang saya lihat ialah ramai yang terdesak, tertekan dan ia mungkin menjadi penyumbang perangai luar biasa." Setakat
artikel ini ditulis, penyiasatan masih dijalankan. Tetapi, benarkah
tertekan boleh membuatkan orang membunuh atau memang gas itu punca
sebenar? - CARI |
ADVERTISEMENT