"Terpulang pada mata dan fikiran yang melihatnya!" demikian komen bintang Gegar Vaganza 7 (GV7), Ashira berhubung pakaianya yang didakwa netizen keterlaluan, seksi dan lucah.
Kata Ashira, dia tidak tersinggung dengan kritikan netizen terhadap pakaian yang dipilihnya untuk persembahan pada separuh akhir GV7 yang berlangsung meriah malam tadi. Malah, Ashira mengambil segala kritikan itu sebagai pembakar semangat dan berjanji akan lebih berhati-hati lagi pada masa akan datang. "Bagi saya pakaian ini tidak menjolok mata pun... Ada lagi baju yang saya pernah pakai sebelum ini ketika menyanyikan lagu Fauziah Latif sampai kata saya tak pakai seluar. Tapi sebenarnya ada.
"Apapun, terima kasih atas komen-komen dan selepas ini kami akan lebih berhati-hati. "Saya okey, tak rasa sedih kecewa atau apa pun, saya hargai apa netizen katakan, saya ambil perkara ini positif sahaja. Terima kasih," jawab Ashira kepada Gempak.
|
ADVERTISEMENT