Tidak dinafikan tahun 90-an merupakan era kegemilangan pengeluar kereta pertama Malaysia, Proton. Dilancarkan pada 2002, Proton mengubahsuai bahagian penumpang belakang sebuah Wira kepada ‘cargobed’. Maka, Proton Arena hanya boleh memuatkan dua orang sahaja. Ini adalah cubaan pertama Proton untuk mencipta sebuah pikap bersaiz kompak dan dijual secara komersial.
Sewaktu pengeluarannya, Wira versi pikap ini hadir dengan varian Freestyle, Sportdeck dan Fastback. Varian Freestyle mengutamakan penggunaan komersil manakala varian Sportdeck lebih kepada kegunaan peribadi dan perniagaan di mana ia didatangkan dengan bar sukan (sports bar) dan trim badan. Varian Fastback pula adalah untuk pengguna yang mementingkan gaya.
Menurut Proton, pikap ini boleh membawa muatan di belakang sehingga 645 kilogram melalui kapasiti kargo seluas 800 liter. Walaupun dibina berdasarkan sebuah sedan, Proton Arena mengguna casis ladder frame di bahagian belakang untuk meningkatkan ketahanan dan kekuatan badan. Menariknya, Arena sebenarnya jauh lebih laris di luar negara. Dikenali sebagai Proton “Jumbuck”, kereta pikap buatan tempatan ini turut dieksport ke United Kingdom, Taiwan, Australia dan Afrika Selatan. Disebabkan itu, enjin 4G15 pada Proton Arena menggunakan sistem pengurusan enjin EMS 400 untuk menepati piawaian pelepasan karbon Euro 2. Pada 2009, Proton berhasrat menghentikan pengeluarannya. Walau bagaimanapun, Proton Arena masih popular di United Kingdom. 80 peratus daripada jumlah Proton Jumbuck yang dijual di negara itu masih berada di atas jalan raya. Maka, tidak disangkal lagi bahawa keputusan Proton untuk mengeksport Proton Arena ke luar negara adalah wajar. Walaupun tidak begitu laris di Malaysia, usaha Proton menghasilkan sebuah pikap ringkas bersaiz kompak sangat dikagumi memandangkan rakyat Malaysia sering bergantung kepada Toyota Hilux yang bersaiz lebih besar. Sebagai sebuah pikap, Proton turut mengubah suspensi belakang kepada jenis leaf spring untuk menampung berat muatan dengan lebih baik seperti trak pikap yang lain. Selain itu, Proton turut menaik taraf gandar belakang (rear axle) kepada yang lebih kukuh, bar penstabil (stabiliser bar) depan yang lebih baik, cakera brek (brake disc) 14 inci serta dram brek (drum brake) belakang 9 inci. Malah, brek belakang ini mempunyai load sensing proportioning valves (LSPV). Di samping itu, Proton Arena turut menerima talaan pengendalian dan keselesaan pemanduan daripada Lotus.Dari segi tren kuasa, ia menggunakan enjin 1.5L 12 injap 4G15 (89 PS) yang dipadankan dengan transmisi manual 5 kelajuan. |
pxlbb: Mana taknya, Proton jual murah kat sana. Setakat 1000 pound tu sebulan gaji dah boleh beli.Pernah naik Uber Gen2 kat London, tanya berapa harga dia be ...
pxlbb: Mana taknya, Proton jual murah kat sana. Setakat 1000 pound tu sebulan gaji dah boleh beli.Pernah naik Uber Gen2 kat London, tanya berapa harga dia be ...
ADVERTISEMENT