Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan cincin khas sebagai kenangan buat kakitangan istana. Lebih istimewa, batunya digilap sendiri oleh baginda seperti dimaklumkannya menerusi menerusi satu kenyataan rasmi dikeluarkan semalam.
Katanya, baginda mendapat ilham itu melalui hobi barunya iaitu membuat batu cincin daripada sejenis spesis siput. “Almarhumah bonda saya pernah kurniakan satu cincin sebegini ketika saya muda dan kini saya turunkan ia kepada (DYAM) Tunku Mahkota. “Beberapa ketika dahulu, saya terjumpa siput sama dihidangkan dalam santapan saya, jadi saya telah mendapat batunya dan mengilatkannya sendiri. “Lalu saya fikir ini boleh menjadi satu cenderahati yang sangat bermakna untuk kakitangan saya,” titah baginda, semalam.
Batu untuk setiap kakitangan dipilih dan digilap sendiri oleh baginda sebelum dibentuk tukang emas peribadinya. Baginda juga bercadang menggunakan batu berkenaan sebagai perhiasan kancing Baju Melayu, ‘cufflink’ dan pin tali lehernya. Loading FB Post... Loading FB Post... Selain meluahkan rasa kagum tentang kebolehan Sultan Johor menghasilkan cincin kebanyakan warganet menganggap kakitangan istana Johor bertuah untuk menerima hadiah hasil tangan baginda sendiri menerusi ruangan komen di Facebook. - CARI
|
Esmiria: Entahla..rasa biasa je
Belibis replied at 7-12-2020 02:30 PM
Kadang2 nilai bukan diukur pada fizikal benda,tapi lebih kepada nilai siapa yang anugerahkan.
Mac ...
Esmiria replied at 7-12-2020 06:11 AM
Entahla..rasa biasa je
tikusmontok replied at 7-12-2020 04:20 PM
dapat kulit siput jer ke atau sekali dah ditempa ngan emas?
husna_amal replied at 8-12-2020 11:10 AM
Sultan johor yang ni antara sultan yang paling disayangi rakyat.
ADVERTISEMENT