CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelamin Anganku Musnah Ditiup Angin

7-12-2020 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4069| Komen: 13

Hujan lebat berserta angin kencang mengakibatkan pelamin di sebuah majlis perkahwinan di Jalan Tambak Lumpang III, daerah Sukomanunggal, Indonesia ditiup angin dan rosak.

Rakaman video insiden itu dimuat naik di Instagram Asli Suroboyo meraih hampir 500,000 tontonan daripada netizen sejak semalam.


Menerusi laporan Detik News, pelamin tersebut milik pasangan mempelai Agung Setia Budi, 28, dan Mamluatus Silvia, 22 tahun.


Kredit foto: Detik News

"Ya, (video pelamin runtuh) berlaku di rumah (Tambak Lumpang III) ini pada Sabtu lalu.

"Kejadian berlaku pada jam 3 petang ketika hujan dan angin kencang. Kami memang terkejut apabila secara tiba-tiba khemah pelamin terangkat ditiup angin," kata Agung.

Agung juga melahirkan rasa syukur tiada tetamu atau ahli keluarga yang mengalami kecederaan.


"Walaupun ada tetamu ramai yang datang, syukur semasa kejadian, tiada mangsa terlibat," katanya anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, beliau turut tidak menyangka rakaman video 12 saat dimuat naik di Instagram Asli Suroboyo tular dan menarik perhatian ramai.



Bagaimanapun posting tersebut meraih simpati dari 3,763 netizen dan mendoakan agar pasangan berkenaan tabah menghadapi dugaan terutama pada musim tengkujuh.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 7-12-2020 06:48 PM
Mcm kerusi mak andam berangan area rumah aku ni
Quote FOTHER-MUCKER 7-12-2020 06:51 PM
Oh...sedihnya berdukacita di hari yang paling bahagia sepatutnya
Quote buapakperut 7-12-2020 08:09 PM
kalau citer tamil die bergaduh tampar dinding terus hancur batu dinding tu
Quote Megikari 7-12-2020 09:23 PM
Sempat bersanding ke tak tu?
Quote Perawankota 8-12-2020 01:59 AM
Klu jadi mcmtu, kalau peralatan pelamin tu rosak, pengantin kena byr ganti rugi x
Quote Themilo 8-12-2020 07:41 AM
Kurex replied at 7-12-2020 10:48 AM
Mcm kerusi mak andam berangan area rumah aku ni

so yesteryears la kerusi macam tu.. ni mesti jenis mak andam makcik-makcik yang still pakai ilmu tiup-tiup pengantin & baling spender atas bumbung supaya cuaca tak hujan masa majlis..
Quote sukacactus 8-12-2020 08:34 AM
Kalau dah sempat bersanding ok la lg
Kejadian pun pkl 3 ptg kan
Tp kalau xsempat guna, rugi la...nak buat cemana kan
Quote Cassieopeia 8-12-2020 09:08 AM
sane relax je buat majlis wlpn covid beribu tiap hari..
Quote husna_amal 8-12-2020 10:36 AM
Tenda jingga runtuh habis pelaminan musnah. Dahsyat juga ribut kat sana.
Quote Lagubestbest 9-12-2020 11:49 AM
mane pelamin ada kerusi + bunga dalam pasu je.
Quote Artemesiaa 9-12-2020 11:57 AM
Sian pada mereka mak pak pengantin pun mesti terkilan tak dapat duduk atas pelamin dengan pengantin macam yang selalu dia orang buat.  Musim hujan macam2 boleh jadi tak ribut banjir pula.  
Quote farhani87 18-2-2021 11:26 PM
Kesiannya. Semoga pengantin baru bertabah.
Quote dudaberhias 19-2-2021 01:18 AM
Themilo replied at 8-12-2020 07:41 AM
so yesteryears la kerusi macam tu.. ni mesti jenis mak andam makcik-makcik yang still pakai ilmu t ...

Tu la khennn, kerusi tu buat deko rumah pun soo yesteryearsss... Buat berhabuk dan nampak persis rumah the conjuring jah... Ada lagi orang2 berangan deco gitu.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.124442 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top