CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dari Melaka Merebak Ke Pandamaran, Ketukan Misteri Sasar Pintu Bilik Tidur Pula

8-12-2020 04:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5592| Komen: 34

ARYANA Rosli menunjukkan pintu utama rumahnya yang diketuk dua kali di Pandamaran Jaya, Klang, Selangor malam semalam.



PELABUHAN KLANG: Selepas ketukan misteri menghantui penduduk di Sabak Bernam dan Alor Gajah, Melaka, kini ia mula ‘merebak’ ke Pandamaran Jaya di sini.

Jika sebelum ini misteri ketukan tanpa salam hanya berlaku di pintu utama rumah namun kini menyasarkan pintu bilik tidur.

Kejadian tersebut dialami penduduk di Jalan 4, Jalan 12, Jalan 78 dan beberapa jalan lain di Pandamaran Jaya di sini yang menjadi lokasi baharu misteri ketukan.

Menceritakan detik kejadian, seorang mangsa, Nor Hidayah Salehudin, 29, mendakwa, pintu bilik tidur di bahagian beranda luar menerima ketukan sebanyak dua kali pukul 2 pagi semalam.

Katanya, semasa kejadian dia tidur di tingkat atas manakala bapanya di bahagian bawah di dalam rumah teres dua tingkat tersebut.

“Ketukan kedua sangat kuat sehingga menyebabkan bulu roma saya meremang dan ini pertama kali berlaku gangguan seperti ini.

“Pada masa sama, saya terfikir insiden ketukan pernah berlaku di Sabak Bernam sebelum segera membuka bacaan ayat suci al-Quran,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, katanya, ketukan itu membuatkannya tidak boleh tidur semalaman sebelum memaklumkan kepada bapanya yang tidak mendengari sebarang ketukan pada awal pagi itu.

Sementara, ibu kepada tiga anak, Aryana Rosli, 35, pula mendakwa menjadi sasaran ketukan sekitar pukul 1.40 pagi.

“Saya beranggapan hanya rumah ini sahaja diketuk rupanya banyak rumah turut mengalami insiden sama sehingga menjadi kecoh di laman sosial Facebook,” katanya.

Bagi Mohd. Shahrul Ridzwan Mohd. Sani, 29, dia memberanikan diri menyelak langsir rumah selepas menerima ketukan ketika dalam kejadian bermula pukul 1.15 pagi.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kelibat dengan pintu pagar berkunci rapat dengan mangga. Perkara ini sungguh pelik,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi menegaskan, setakat ini tiada laporan polis diterima berkenaan kejadian itu. 



Sumber – UTUSAN ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 8-12-2020 07:54 AM
Motip acik Aryaana berlakon semula ketuk pintu? Macam tu ke makhluk tersebut ketuk pintu?
Quote rospinki 8-12-2020 08:22 AM
dekat dh tu...hahaha

pintu bilik tidur tu ada beranda..cek pon singgah kejap bagi petunjuk.

baru skrg anak aku takut tidur lewat..kalu tak manjang dia kat luar smpi pagi buta. taknak tidor tgk wrestiling.
Quote EvieWanKenobi 8-12-2020 08:53 AM
misteri sungguh ye..
Quote Normabaru 8-12-2020 09:11 AM
Kejut tahajud kot
Quote husie91 8-12-2020 09:13 AM
dodolgemok: Motip acik Aryaana berlakon semula ketuk pintu? Macam tu ke makhluk tersebut ketuk pintu?


Mastika style sgt
Quote husie91 8-12-2020 09:14 AM
Dulu ingt budak nakal usik.. tp ni bilik plak {:dot cuma apa rasionalnya dia ketuk pintu???
Quote Belibis 8-12-2020 09:22 AM
Normabaru: Kejut tahajud kot

Tak pun suruh sahur,puasa ganti.
Quote husna_amal 8-12-2020 09:55 AM
Musim ketukan misteri.
Quote miftahuljamilah 8-12-2020 10:15 AM
husie91: Dulu ingt budak nakal usik.. tp ni bilik plak {:dot cuma apa rasionalnya dia ketuk pintu???


mula di Sabak Bernam tu pastu berjangkit ke daerah lain tu rasanya ada orang amal ilmu hitam untuk tujuan pukau.. bila buka pintu je dia masuk secara halimunan.. nak mencuri.
Quote Kurex 8-12-2020 10:59 AM
Bukan saka cyst ketuk2 kan???
Quote eplasbpafree 8-12-2020 11:10 AM
benda ni cuma ketuk rumah melayu je ke?
Quote nanasno 8-12-2020 11:22 AM
kat perumahan iols pun ada tragedi ketukan ni. siap ketuk master bedroom. katanya kol 2 pagi dia ketuk punya la kuat. tak tau la amende yang ketuk tu dia tak bukak pun pintu.
Quote salmon-suki 8-12-2020 11:57 AM
Y ai kena 3thn lps time berseorangan tanpa housemate,dia ketuk pintu bilik ai ler..3kali,kuat giler mcm nk roboh pintu..time tu ai tgh tgk citer hantu..

Ai igtkn housemate ai dah balik,,nk ckp ape2 ke..bila keluar xde plak..call housemate,semua ckp xde balik lg..pstu ai masuk bilik,dgn herannya ai sambung tgk citer hantu tu..time tu ai duk damansara perdana.. lps tu ada laa dgr bunyi sofa ditarik,mcm2 bunyi laa plak...ai xigt kol bape berhenti,sbb ai terlelap, malas nak layan bunyi2 tu..

Maybe dia sedih kot y ai bakal pindah ke tmpt lain..tu y sblm ai pegi,dia dtg ketuk pintu nk say bye2
Quote lavendernovella 8-12-2020 11:59 AM
miftahuljamilah: mula di Sabak Bernam tu pastu berjangkit ke daerah lain tu rasanya ada orang amal ilmu hitam untuk tujuan pukau.. bila buka pintu je dia masuk secara  ...


Sabak ke pandamaran. Iol perasan satu jer... 2 tempat ni mmg boleh dikatakan kalau tak majority pun, mmg ramai masyarakat jawa tempatan, dan semestinya warga asing. Bukan nak rasis ke apa iol pun mix jawa gak.
Quote evlinne 8-12-2020 12:04 PM
lavendernovella replied at 8-12-2020 11:59 AM
Sabak ke pandamaran. Iol perasan satu jer... 2 tempat ni mmg boleh dikatakan kalau tak majority  ...

Eh uols. Dia dah singgah byk tempatlah
Sabak, tg karang, k.selangor, puncak alam, saujana utama, pastu naik ke PD dgn melaka
Ni balik semula ke selangor
X singgah KL dgn putrajaya pulak
Quote ninjago 8-12-2020 12:23 PM
eplasbpafree replied at 8-12-2020 10:10 AM
benda ni cuma ketuk rumah melayu je ke?

exactly my question jugak.
Quote ninjago 8-12-2020 12:24 PM
nanasno replied at 8-12-2020 10:22 AM
kat perumahan iols pun ada tragedi ketukan ni. siap ketuk master bedroom. katanya kol 2 pagi dia ket ...

main ganas dah nie kalau dah sampai masuk rumah..

Quote salimrock 8-12-2020 02:47 PM
ketukan paling menakutkan ialah ketukan dari polis, jabatan pencegah maksiat, dan SPRM..


kalao hantu  ketuk masih boleh rilek ar
Quote lavendernovella 8-12-2020 03:22 PM
evlinne replied at 8-12-2020 12:04 PM
Eh uols. Dia dah singgah byk tempatlah
Sabak, tg karang, k.selangor, puncak alam, saujana utama,  ...

Oh yer , nampaknya kena byk lagi iol membaca.
Jauh perjalanan luas pemandangan konsepnya. Haha.
Tapi kan uol, dulu2 la , less than 10 years ago, pintu bilik iol kat balkoni pernah jer kena ketuk, kuat gak , 2 kali. Tgk kes ni teringat balik. Tapi masa tu tak tau lah naper , takder perasaan kot. Jadi tak der feel seram ke apa, cuma terkejut sikit jer.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.158989 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top