Jutawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap gadis montel, Wani Chomel yang mendakwa dianiya itu memfailkan tindakan saman terhadap dirinya.
Aliff, 33, berkata, pihaknya kini sedang menunggu tindakan lanjut serta makum balas daripada Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim untuk menuntut bayaran pampasan dan bantuan sebagaimana dikatakan pernah dijanjikan kepadanya sebelum ini. “Saya tidak ada menjanjikan bulan dan bintang seperti rumah, kereta dan kekayaan yang lain. Dalam perjanjian tersebut, jelas menyatakan pemberian yang akan diberi adalah atas budi bicara. Itu yang ditulis di dalam kontrak. “Dia bukan keluarga saya, bukan isteri saya dan bukan sesiapa. Cari kerja, sebab ada tangan dan kaki. Perlu diingat, saya bukan pusat kebajikan atau zakat. Saya cuma membantu atas dasar ihsan sesama manusia,” katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Kota Damansara, semalam..
Menurut Aliff, sepanjang mengenali Wani sejak Ogos tahun lalu, dia telah berhabis hingga ratusan ribu ringgit merangkumi kos pembedahan pembedahan bariatrik, tempat tinggal , bayaran jurulatih peribadi, pakar pemakanan, tukang masak dan segalanya. Jelasnya lagi, semasa dalam tempoh jagaannya, Wani didapati ada curi-curi membeli makanan dari luar tanpa pengetahuan dan kebenaran pakar pemakanan yang dilantik. Dalam pada itu, Aliff menyangkal dakwaan Wani yang mengatakan rekod kesihatannya dipegang dan tidak boleh disimpan sendiri. Katanya, rekod tersebut boleh diambil sendiri di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. “Saya tidak mahu bergaduh dengan siapa-siapa. Terang-terang Wani cuba menjatuhkan perniagaan dan imej saya sebagai usahawan. “Saya sedar orang ramai tidak menyukai perangai saya dan percaya masih ramai segerombolan manusia lain yang cuba menjatuhkan saya,” katanya. |
cmf_premierleag replied at 8-12-2020 11:27 AM
Yang duk bekap wani ni aku syak mesti body pun spesis mcm dia jugak
Sb tu gigih bekap org gemuk ...
ADVERTISEMENT