Pelakon dan pengacara, Nabil Mahir mendedahkan dirinya tamat menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di rumah selepas difahamkan ada melakukan kontak rapat bersama individu yang disyaki positif Covid-19.
Menurut Nabil, ini merupakan satu pengalaman baru buat dirinya kerana dia hanya duduk seorang diri di dalam bilik dan langsung tidak keluar. “Nabil dah 14 hari locked up kat dalam bilik tak keluar. Apa-apa yang dihantar ke bilik seperti makanan dan bekasnya, tak keluar dah. “Siap beli tong sampah besar supaya sampah pun tak keluar dari bilik ni. Sangat jaga SOP sebab pentingkan keselamatan family dan orang lain,” tulisnya. Kisah tersebut dikongsikan tunang kepada pelakon Ayda Jebat itu menerusi Instagram. Dalam pada itu, Nabil turut mengingatkan orang ramai supaya jangan mengambil sikap sambil lewa lebih-lebih lagi bila berdepan dengan pendemik ini. “Tolonglah semua, please please jaga diri by follow SOP. Hanya dari perbuatan kita sendiri yang kita dapat kalahkan isu pendamic ini. “Let’s put a stop to this pandemic. Jagalah kebersihan. Tingkatkan moral. Disiplinkan diri. Kita boleh menang,” kongsinya lagi. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pendapat yang sama selain turut berharap agar semuanya baik-baik sahaja buat Nabil. Sementara itu, Nabil dan Ayda bakal melangsungkan perkahwinan mereka 1 Januari depan. Sumber: Media Hiburan
|
LadyCarefree replied at 8-12-2020 11:49 AM
Baguslah begitu tapi ko duduk dengan sampah tu sangat tak perlu jah. Ko ikat je lah beg plestik samp ...
lasagna replied at 8-12-2020 11:51 AM
kalau 14 hari smpah kau dlm blk tak ke berbau?
sehari tak buang sampah pun bau dah busuk. adooiiyai ...
lasagna replied at 8-12-2020 11:51 AM
kalau 14 hari smpah kau dlm blk tak ke berbau?
sehari tak buang sampah pun bau dah busuk. adooiiyai ...
makneng replied at 8-12-2020 12:21 PM
Mak tetiba husnuzon yg dia buang sisa makanan flush dlm jamban. Bekas2 makan heolls basuh kat sinki ...
ADVERTISEMENT