CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Disaran Tangguh Rancangan Balik Kampung

8-12-2020 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9077| Komen: 111

Orang ramai disarankan menangguhkan rancangan pulang ke kampung atau berkumpul bersama ahli keluarga sehingga kes COVID-19 reda ke angka yang lebih rendah.

Kesihatan Awam Malaysia dalam satu hantaran di laman sosial Facebook menjelaskan, jika ingin pulang ke kampung, individu disarankan bergilir-gilir (tidak serentak) dengan adik-beradik lain untuk pulang.

Foto: FB

Selain itu, individu yang tidak sihat, disaran membatalkan perjalanan pulang ke kampung, manakala mereka yang ada berhubung dengan individu positif, pertimbangkan untuk tidak pulang ke kampung dalam tempoh sehingga dua minggu.

"Walaupun kebenaran merentas negeri dan daerah sudah dibenarkan, elakkan sebarang kenduri-kendara, perjumpaan besar bersama keluarga, majlis hari jadi, tahlil, majlis sosial dan sebagainya.


"Sebolehnya bincang tarikh yang sesuai," menurut hantaran di Faceboook itu. -CARI

Sumber: Berita Harian

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 8-12-2020 12:16 PM
Ada ke yang nak dengar? Lagikan masa pkpb pun macam2 ragam cara nak rentas negeri.
Quote salmon-suki 8-12-2020 12:18 PM
Ai tahun 2020 ni sekali je sempat balik,raya haji aritu....first time setahun ai merantay xbalik kg wehhh{:cryrun

Otak dah jd tepu n seteressssss xdpt tgk muka family{:cryrun
Quote Orix 8-12-2020 12:21 PM
kau hengat rakyat malaysia paham bahasa ? dah gomen MKN pun bodoh bangang apatah lg rakyatnya
Quote ninjago 8-12-2020 12:26 PM
kat malaysia nie saranan2 org tak berapa nak ikut. kena terus buat larangan je berserta denda. haa yg tu tinggi sikit rate org akan follow
Quote msdummy.2018 8-12-2020 12:32 PM
takat kuar statement mcm tuh, umpama mencurah air ke daub keladi...ha teruskannn..aku mmg nk tgk case kat msia ni jd 2-3k....sesuai sgt dgn gomen dgn rkat, hauk sabgat...lupakanlah matlamat korang nk 0 cases...lupakanlah perasaan nk mcm dulu2...
Quote talapia 8-12-2020 12:40 PM
kesedaran sendiri la wei... walau dh boleh rentas... tapi pikir2la..

aku n husband dah mula bekerja.. anak2 dah ke taska.. contact dah semakin ramai. And now... ada PUI yang close related dengan rakan sekerja.. hmm.. Aku bertangguh utk balik kampung walau sama negeri. Sebab.. mak pak n mertua ku semua warga emas yang berisiko tinggi.

Ada saudara jauhku... sedang koma di hospital, positive covid.. seorang pesakit buah pinggang dengan rutin dialisis. Dapat covid dr anak menantu... Anak dan menantunya aman2 aje... tak bergejala barangkali..

The risk is too big. Video call ajela dulu.... uaaa
Quote rukia2 8-12-2020 12:44 PM
semalam mak aku tgok tv ntah rancangan apa..katanya ramai yg happy n bersyukur atas kelonggaran yg d beri..ada yg kata dah berbulan2 x jumpa anak dan cucu...so...haruslah ini Masanya nk ber family gathering bagai
Quote husna_amal 8-12-2020 12:50 PM
Netizen ramai dah tak berapa peduli dengan saranan dan sop ni. Sebaiknya sekarang ni kita jaga diri kita, kalau takut dijangkiti dan jadi punca kluster covid. Tak payah la kemana2 sangat.
Quote shahima0909 8-12-2020 12:51 PM
smua pakat nk blk kg.. holiday. mcm dh xde hari .. bila kes meningkat..pkp..salahkan govt pulak.. please la weii ..pikir la sendiri
Quote getarsukma 8-12-2020 12:52 PM
Dah macam EPF... Mula2 bagi lepas tu tak bagi.. lepas tu bagi balik... Apa2 je la...
Quote SWORKS27 8-12-2020 12:53 PM
mana ada mau dengar..rakyat sekarang kebal...mengigil nak rentas dah..jadual kenduri pun besusun2 dah
Quote getarsukma 8-12-2020 12:54 PM
Patut red zones dilarang rentas negeri atau daerah... Yang di luar red zones saja dibenarkan...

Walaupun no guarantee 100% selamat tapi sekatan terhadap red zones boleh minimize risks... Sebab KL/Selangor/Putrajaya banyak kes...

Quote syamzana 8-12-2020 12:58 PM
dah bagi kebenaran rentas negeri dgn ada yg lama gila tak balik kg jmp kaum kerabat, igt org heran setakat saranan gitu?
sdgkan ms pkpb pun berderet2 dekat balai polis bg alasan itu ini semata-mata utk blk kg, ini kan pulak sesuka hati blh balik.

sop2 bagai ni tak heran nye depa...baru je lalu depan kwsp td org dok kerumun foodtruck pakcik jual lunch bertepek2. pastu berbondong2 masuk kwsp semoga selamat la.
Quote Diamje 8-12-2020 12:59 PM
Pada aku x perlu bg kebenaran rentas negeri sewenang-wenangnya.. mcm sblm ni siapa2 nk rentas negeri kene mintak kebenaran polis lepastu limitkan penumpang dan terhad utk 3 hari je..bnda2 mcm ni membuatkan org ramai malas nk rentas negeri sbb byk sgt prosedurnya...hanya yang benar2 perlu dan penting je akan mintak kebenaran polis utk rentas negeri.. tapi, bila kerajaan umum tiada sekatan rentas negeri, maka org ramai bebas ke sana ke mari berhari2 lamanya..so x mustahil makan merebak la virus ni.. contoh:  aku nk bercuti ke johor..lepas johor aku bercuti plak ke melaka, pastu singgah plak Kl.. ha.. nmpak tak? Lagi2 la ada duit lebih dr kwsp ni ha..makin panjang langkah masing2.
Quote watie79 8-12-2020 01:02 PM
dah tu kenapa tak ketat metatkan negeri dan daerah yg patut PKPB tuh ?? aku dengar yg PKPB PON BOLEH RENTAS DAERAH DAN NEGERI DAH KENAPA ???? bagi lah negeri dan daerah yg hijau sahaja bergerak dulu, buat berperingkat2...ni nanti gara2 daerah dan negeri yg zon merah abih kami yg zon hijau...aku ni nak rentas daerah punyalah takut, gigih tunggu dulu.
Quote nitezen 8-12-2020 01:03 PM
ha helok sangat la tu balik semua balik...  esok2 kalau kes naik beriban riban
jangan salah kan orang tu orang ni politik nu politik ni...
Quote songhara1226 8-12-2020 01:04 PM
Plisslah jangan larang balik kg, iolss dh tempah tiket airasia balik ganu nak main banjir, murah weii rm30 je
Quote Rara77 8-12-2020 01:09 PM
Cakap dengan tiang ke
Quote pxlbb 8-12-2020 01:21 PM
Balik kampung ke tak balik ke KENAPA RUMAH AKU KAT SELANGOR TAKDE AIR SETANNNN

Aku marah Syabas bukan marah poromer atau TT yach

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.063310 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top