CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Isteri Ni Bila Dia Kata Sayang, Buruk Macam Mana Pun Suami Dia Tetap Taat"

8-12-2020 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3612| Komen: 9

Cerita ini kongsikan oleh peguam syariah Muhammad Syarafi menggunakan akaun Twitter @RafiCounsel untuk mendidik netizen supaya sama-sama Celik Syariah. Team #CelikSyariah ditubuhkannya sejak dua tahun lalu untuk memberikan pendidikan percuma melalui media sosial tentang prosedur di Mahkamah Syariah dan isu kekeluargaan. 



Kredit foto: Twitter

YA: nak mohon apa ni?

PL: nak lepaihkan isteri saya ni Tuan

YA: kenapa nak lepaskan? 

PL: saya dah tak sihat sekarang ni dan saya tak mampu dah nak sara diri jadinya saya nak lepaihkan dia ni elok la Tuan. Tak mau lepaih tak elok pasai dulu saya amik dia elok dari mak pak dia.


YA: kamu DF macam mana setuju tak nak berpisah ni?

DF: tak setuju Tuan, saya masih sayang dia sebagai suami saya walaupun keadaan dia macam ni. Saya boleh jaga dia.

YA: ha macam mana ni PL, DF tak setuju nak pisah ni?

PL: dia tak setuju takpala Tuan, tapi saya setuju nak lepaihkan dia pasal saya memang dah tak mampu nak bagi nafkah zahir dan batin pada dia ni. Nanti berdosa saya mati esok lusa ni.

YA: betul ni DF kamu tak setuju nak pisah?

DF: betul Tuan, saya masih sayangkan dia sebagai suami.

YA: kalau macam tu Mahkamah arahkan pihak-pihak untuk melantik HAKAM masing-masing dan dibawa pada sidang akan datang.

Tuan-Puan,

Isteri ni bila dia kata dia masih sayang, buruk macam mana pun suami dia, Selekeh dan selebet macam mana pun rupa suami dia, Sakit macam mana pun suami dia, dia tetap akan taat pada suami selagi mana suami tu tak menyakiti si isteri baik dari sudut fizikal atau pun mental.

Sebab isteri ni lah yang akan sama-sama bersusah-payah dari awal kahwin sampai sekarang.

Sebab isteri ni lah yang akan sama-sama jadi teman suka dan duka si suami di saat suami sedang berduka mahupun suami sedang bergembira.

Sebab isteri ni lah juga yang bersetuju untuk terima si suami ni sebaik akad nikah sah termeterai antara suami dan walinya dihadapan saksi-saksi yang ada.

Mahkamah pun takkan semudah tu untuk benarkan talaq itu berlaku walaupun punyai kuasa kerana Mahkamah perlu terlebih dulu menyiasat punca syiqaq (perkelahian) yang wujud antara pihak-pihak sebelum membuat keputusan yang adil dan saksama.

Janganlah lemparkan tuduhan tak berasas mengatakan Mahkamah ni melambatkan proses dan sebagainya.

Ianya bukan sekadar undang-undang saja tapi melibatkan hukum juga.

Muhammad Syarafi
Peguam Hipster Patuh Syariah. 

Kredit Gambar: Twitter @RafiCounsel

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 8-12-2020 12:19 PM
Baru sembang telefon dengan mak tadi cakap kat kampung ada pompuan tu laki masuk penjara sebab dadah, tapi pompuan tu syg betul laki dia, asal ckp pasal laki ja bergenang air mata. Anak besar dah 3 org, yg bongsu umur 9 bulan, si mak hidup tumpang maknya lagi, dah dapat laki tak guna, pikir dadih sendiri tak pikir anak bini
Quote husna_amal 8-12-2020 12:57 PM
Kira rare lah ada perempuan macam ni.
Quote manehnya 8-12-2020 01:11 PM
Ye..

Masalahnye suami syg pun still tgk hat lain!!
Quote pxlbb 8-12-2020 01:20 PM
Iols percaya ada je perempuan baik2 dan lelaki baik2 tapi tak semua org dpt perkahwinan yang sentiasa indah. Anggap jela perkahwinan tu bukan destinasi akhir untuk happily ever after tapi jadi satu perjalanan utk kita mencari diri. Agitchew {:hero
Quote CiliPadiSedap 8-12-2020 01:40 PM
kadang2 permata depan mata xnampak tapi sis vokuru kat sungai golok boleh nampak.

kepada suami yang problem atau bahasa kiasan biawak hidup berubahlah. seorang isteri yang taat setia melahirkan anak tu lah bidadari kamu. hargai lah dia. hidupni sekali. jadi buat lah baik kepada tulang belakang kamu. setiap orang pasti melakukan kesilapan tapi selagi ada nyawa boleh berubah dan happykan orang yang tersayang.

jangan sampai dah terlambat balan2 datang gigit kamu ketuk pintu rumah kamu. jadi berubahlah jadi suami laki yang baik
Quote nuril86 8-12-2020 01:50 PM
mmg wujudkan isteri sebegini.. sbb aku pon kenal someone yg sanggup bela biawak hidup... asal kne pukul ,report polis.. laki pujuk sket terus tarik report.. pastu berbaik balik.. begitulah ulangannya smpi abg jamil mampuss..
Quote rospinki 8-12-2020 02:40 PM
msalahnya dia nk jugak kita benci dia..sungguh2 dia nak kita benci. sampai satu tahap segalanya jadi tawar. time tu lah bahaya..marah ke merajuk ok lagi..bila dah tawor..mintah mahap ler bro
Quote Redmyvi 8-12-2020 05:27 PM
pxlbb replied at 8-12-2020 01:20 PM
Iols percaya ada je perempuan baik2 dan lelaki baik2 tapi tak semua org dpt perkahwinan yang sentias ...

Setuju dengan apa yang diperkatakan tu..



Quote rogayahtop 12-12-2020 08:50 AM
lmao masalahnya ramai kat luar ni menunggu bertahun tak selesai lg.

bukan la ckp mahkamah saja dera, tp boleh tak percepatkan urusan supaya takda yg berzina nak kawin baru dah bertahun tak selesai.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.092379 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top