Cemburu dan kesal lelaki dicintainya mengahwini orang lain, seorang wanita memecah masuk bilik pasangan berkenaan dan membuat onar di malam pertama pengantin. Times of India melaporkan, kejadian berlaku di Shekhpura, wilayah Nalanda, Bihar, India pada Selasa.
Selepas selesai majlis, Gopal dan isteri serta keluarganya pulang ke Mora Talab. Wanita itu yang juga rakan kepada adik Gopal turut menginap di rumah berkenaan. Apabila semua ahli keluarga masuk ke bilik masing-masing, suspek menyelinap ke bilik pasangan pengantin baru yang sedang tidur itu sebelum memotong rambut pengantin perempuan. Malah, dia turut meletak gam kuat ke mata mangsa. Jeritan kesakitan mangsa menyedarkan kesemua penghuni yang kemudian berjaya menangkap suspek yang cuba melarikan diri. Dia dipukul dan ditahan di rumah berkenaan sepanjang malam sebelum diserahkan kepada polis keesokannya.
Mangsa masih dirawat di hospital kerana mengalami luka bakar yang serius dan berkemungkinan hilang penglihatannya. - CARI
|
Mangsa masih dirawat di hospital kerana mengalami luka bakar yang serius
PristineOne: Napa tak trisam jer.
ADVERTISEMENT