CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jelesnya! Khairul Aming Tunai Hajat Ibu Hamil Mengidam Air Tangannya

9-12-2020 11:02 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6105| Komen: 42|Original author: Oleh: LilRose

Gembira bukan kepalang! Itu dirasakan bakal ibu yang mengidam air tangan Khairul Aming apabila hajatnya ditunaikan personaliti media sosial berkenaan.

Khairul menerusi perkongsiannya di Instagram dan Twitter memuat naik video sedang memasak beberapa hidangan untuk wanita itu.



Kredit foto: Twitter

Dia juga kemudian bertemu dengan pasangan terbabit untuk menyerahkan sendiri makanan tersebut.

Kelihatan bersemangat dan puas hati apabila ibu hamil itu dapat makan hasil tangan Khairul Aming.

Sebelum itu, seorang lelaki dikenali sebagai Ashraf berkongsi kegelisahannya apabila isteri tercinta mengidam masakan Khairul.

"Alhamdulillah hajat dah disampaikan. Selamat menjamu selera Ashraf dan isteri!" ciapnya bersama video pertemuan mereka.




Ramai juga mencemburui tuah isteri Ashraf dapat menikmati air tangan Khairul Aming! - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • yeos

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 9-12-2020 11:10 AM
Makin dahsyat ibu mengidam skang..
Quote Normabaru 9-12-2020 11:14 AM
Budak amin ni mmg baik..sesuai jadi yb tlg masyakarat. heheh
Quote Kurex 9-12-2020 11:16 AM
Yelah yelahhhhhhhhhh
Quote LadyCarefree 9-12-2020 11:30 AM
Kurex: Yelah yelahhhhhhhhhh


Cara mudah nak up kan diri. Tak gitu?
Quote husna_amal 9-12-2020 12:04 PM
Daging bakar danok ke tu?
Quote makneng 9-12-2020 12:16 PM
Daging rimau teriok ke?
Quote sarah82 9-12-2020 12:18 PM
kat sini banyak...mengidam wasap je la seller yg jual. benda senang
Quote minahmanja 9-12-2020 12:44 PM
org ngidam ni kalau tk dpt mmg akn rasa mcm frust nk mati ke.. #soalanserius
Quote NekNgah 9-12-2020 01:12 PM
minahmanja replied at 9-12-2020 12:44 PM
org ngidam ni kalau tk dpt mmg akn rasa mcm frust nk mati ke.. #soalanserius

Ngah yang pernah mengadung berkali-kali pun nak tahu perasaan sebenar orang mengidam.

Ngah pernahlah teringin sesuatu masa mengandung tapi tak adalah sampai merayu meminta dari orang lain.  Macam hari-hari biasa, bila teringin, masak.  Kalau tak pun emak atau emak metua masak, ikut jenis masakan & kepakaran.  Ada yang teringin tapi macam tak kesampaian, sampai dah lupa tapi ada pulak orang yang ingat dan belikan.  

Tapi mak pernah cerita, jiran pernah mengidam sup babi.  Pening suaminya sebab hari-hari sebut.  Orang nasihatkan cuba order dari jiran cina, tunjuk depan dia, mesti nanti dia geli & tak mahu makan.  Suami ikut nasihat tu.  Suruh jiran cina masakkan sup babi.  Hidang dalam mangkuk letak depan dia.  Tak terjangkau akal bila ibu mengandung tu angkat mangkut tu nak minum.  Suaminya tepis, jatuh sup ke lantai.  Tapi suaminya sedih sangat sebab isterinya jilat kesan-kesan sup yang terkena tangan.  Emak pelik, takkan sampai teruk macam tu orang mengidam, sebab kami anak beranak tak pernah mintak benda pelik-pelik sepanjang mengandung.

Nak sangat dengar pengalaman orang lain, supaya kita boleh lebih bertoleransi dengan orang-orang yang mengidam ni.
Quote pxlbb 9-12-2020 01:35 PM
minahmanja: org ngidam ni kalau tk dpt mmg akn rasa mcm frust nk mati ke.. #soalanserius

Ntah la sepanjang mengandung takde pula mengidam teruk mcm yang digembar gemburkan. Watlek watpis ja aku rasa nak makan steak, pegi makan. Rasa nak makan strudel, pegi cari sendiri. Takde la mengidam bukan-bukan.
Quote pxlbb 9-12-2020 01:36 PM
NekNgah: Ngah yang pernah mengadung berkali-kali pun nak tahu perasaan sebenar orang mengidam.Ngah pernahlah teringin sesuatu masa mengandung tapi tak adalah s ...


Ngidam daging babi tu iols pernah dengar dari kawan sekolah dulu. Katanya masa mengidam kat abang sulung. Mmg tak menjadi anak dia yg sorang tu. pelik.
Quote pxlbb 9-12-2020 01:37 PM
GEDIK. Berjuta manusia mengandung kalau diturut satu persatu kehendak mampussss.....
Quote Nnasda53 9-12-2020 03:10 PM
rezeki ibu mengandung.
Quote lattehazelnut 9-12-2020 03:11 PM
Serius lah.. bukannye xboleh makan steak or ayam grill kat kedai luar..
Quote coco 9-12-2020 03:44 PM
tolong letak nama anak yang lahir tu Khairul Ming
Quote tootii 9-12-2020 03:51 PM
seb baik tak mengidamkan si kerul ming tu terus
Quote diss69 9-12-2020 04:36 PM
pxlbb replied at 9-12-2020 01:35 PM
Ntah la sepanjang mengandung takde pula mengidam teruk mcm yang digembar gemburkan. Watlek watpis ...

Sama laa....xada apa yg pelek2 mengidam.. Rasa nk mkn itu g beli, rasa nk masak itu, g msk... Tp lain org lain lain citernya.. Syukurlah kalau xngidam yg pelek2 or yg susah nk dpt..
Quote Artemesiaa 9-12-2020 04:50 PM
Untunglah dia setuju nak masakan
Quote merrissa 9-12-2020 05:07 PM
Habis lah nanti semua ibu mengandung mengidam nak makan mknn si khairul ni

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.054277 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top