Satu rakaman ngeri memaparkan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terbang setinggi 9 meter akibat ditarik layang-layang gergasi. Berlaku di Indonesia pada 1 Disember lalu, kanak-kanak itu bermain layang-layang bersaiz tiga kali ganda lebih besar daripada tubuhnya, lapor Daily Star.
Akibat angin kencang, dia yang sedang memegang tali penyambung layang-layang itu terus melayang ke udara sambil disaksikan beberapa individu di lokasi kejadian. Dalam masa beberapa saat, tali itu terputus menyebabkan dia terjatuh ke atas tanah. Saksi kejadian terus menghampiri mangsa untuk melihat keadaannya.
Mengalami patah beberapa tulang, dia dikejarkan ke hospital dan terpaksa menjalani dua pembedahan. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT