Beribu-ribu individu kehilangan kerja akibat pandemik Covid-19 dari pelbagai sektor seperti penerbangan, pelancongan, perhotelan dan sebagainya. Namun, mereka bangkit meredah keperitan, walaupun terpaksa membuat kerja di luar bidang mereka misalnya pemandu pelancong menjadi penghantar makanan dan sebagainya. Paling tular pastinya seorang juruterbang muda yang membukai gerai burger dan menjadi tumpuan media cetak dan media sosial. Dasyatnya kuasa tular apabila tidak menang tangan menerima tempahan. Malahan menteri dan artis turut mencuba burger tersebut. Persoalannya, mengapakah tumpuan hanya diberikan kepada golongan profesional semata-mata? Tidak layak kah golongan lain yang turut terkesan dengan pandemik ini?
Atau, adakah sikap kita yang membuatkan persepsi sebegini semakin menjadi-jadi? Bagi Asyesha, dia hanya mahu memperjuangkan golongan yang lebih terkesan seperti mereka yang bekerja di panggung wayang, kilang dan sebagainya. Memandangkan juruterbang itu sendiri pernah menyatakan yang dia boleh menampung kehidupannya selama tiga tahun tanpa pekerjaan. Jadi, mengapa media tetap memberi tumpuan luar biasa terhadap mereka? Jawapan mudah warganet ialah media mengejar cerita yang sensasi, ditambah dengan pakej paras rupa dan kerjaya itu sendiri. Dek kerana tularnya cerita itu, menteri dan artis turut turun padang mencuba burger yang dikatakan tiada di Malaysia. Bagaimanapun, ada yang menyatakan itu adalah rezeki mereka. Jika bukan kerana kacak atau kerjaya yang dimilikinya pun, itu kerana strategi yang telah digunakan sejak dahulu lagi. |
Normabaru replied at 10-12-2020 02:00 PM
Mamat tu wife dia mcm bawah piawai je.. Ops
Normabaru replied at 10-12-2020 02:00 PM
Mamat tu wife dia mcm bawah piawai je.. Ops
Normabaru: Mamat tu wife dia mcm bawah piawai je.. Ops
TomyamPuteh: Kt umah aku ni dh naik dh gerai sate paramugari. Aku dok intai2 bayang paramugarinya pon x nampak tang mana.
bluebutter replied at 10-12-2020 02:14 PM
Tak baiiikkkkk tau...
RatuDunia94 replied at 10-12-2020 02:35 PM
Selari lah dgn drama tempatan yach.. pilot x memilih rupa dan x kisah walau bini anak penjual na ...
ADVERTISEMENT