CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Berprinsip, Selagi Tak Dapat Selagi Itulah Dia Akan Try," -Isteri Dedah Perangai Ali Puteh

10-12-2020 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8621| Komen: 32

Jika dilihat menerusi cara penulisannya membalas komen netizen di laman sosial, pasti ramai yang menyangkakan pelawak Ali Puteh seorang yang bersikap garang dan tegas.

Berkongsi mengenai karakter sebenar Ali, isteri iaitu Melati Fitri mendedahkan suaminya itu seorang lelaki yang berprinsip dalam kehidupan dan tidak mudah berputus asa mengejar impian.

Foto: IG

"Awak rasa dia macam mana? Ramai yang kata dia garang tapi tak la sangat sebenarnya. Dia mengurat saya masa sekolah-sekolah dahulu.

"Dia punya prinsip... selagi dia tak dapat selagi itulah dia akan try! Akhirnya Alhamdulillah sampai sekarang diberikan amanah dari-Nya yang tiada nilainya iaitu si tanje, arwah adik Ainul dan adik Syed buat masa ini," tulisnya.



Via mStar Online

Melati berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang pengikut di laman Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, individu itu ingin mengetahui perangai sebenar adik kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan cara Ali memikat hati isterinya masa awal perkenalan.

"Ali tu seorang yang kelakar atau serius di luar? Macam mana dia mengurat sis?," tanya individu berkenaan.

Sebelum ini, Ali terpalit dengan pelbagai kontroversi membabitkan dirinya dan dia juga dilihat lantang bersuara di media sosial.


Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan Melati mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan anak sulung, Sharifah Nur Aaira Qaireen berusia tiga tahun.

Pada 25 September lalu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata ketiga yang diberi nama Syed Umar Iskandar.

Tahun lalu, anak kedua mereka iaitu Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang berusia tiga bulan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Manakala, Allahyarham Abam meninggal dunia di rumahnya di Gombak pada Februari lalu. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • DayangKirana


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 10-12-2020 10:52 AM
Oooohhh tu yg try bolot harta sampai dapat tu kan?
Quote beloomberk 10-12-2020 10:53 AM
Selagi x dpt harta, selagi tu akan try?  Mcm tu ke mksudnya?
Quote RatuDunia94 10-12-2020 11:00 AM
Bukan heols kata dh bersara ke? Cemana lak boleh join program astro
Quote shysari 10-12-2020 11:02 AM
Teruskan berjuang hingga titisan terakhir..
Susun selagi boleh
Quote nuril86 10-12-2020 11:22 AM
ntahlaa.. klw si susun ni ade dlm mane2 program tv.. mmg tidaklaa aku nak tgknye pon....
Quote reen8601 10-12-2020 11:30 AM
so whatttt
Quote LoveSungmin 10-12-2020 11:53 AM
Busukkkk
Quote natrahn 10-12-2020 11:59 AM
Kurex replied at 10-12-2020 10:52 AM
Oooohhh tu yg try bolot harta sampai dapat tu kan?

      
Quote nolya 10-12-2020 12:46 PM
beloomberk replied at 10-12-2020 10:53 AM
Selagi x dpt harta, selagi tu akan try?  Mcm tu ke mksudnya?

Termasuklah tu........
Berprinsip tu bagus tapi biarlah berprinsip yg positif, yg boleh dicontohi ramai, bertekad berusaha sampai jaya.  Jgn pula berprinsip mau mendapatkan hak yg bukan hak.  Prinsip begitu dibenci ramai kerana itu menzalimi namanya. Ali masih muda dn banyak peluang membaiki masa depannya.  Semoga diberi petunjuk dn dimurahkan rezeki.
Quote maxim 10-12-2020 12:49 PM
Selagi tak tersusun..selagi tu ali akan susun
Quote depresio 10-12-2020 01:11 PM
Berperinsipla sangat kan?
Ko laki bini samer je
Sibuk rindu arwah laki org pedehal
Geli

Harta anak orang pon kalut
Quote dewi_rina 10-12-2020 01:12 PM
Ko dah kenapa sibuk citer pasal laki? Nak jadi elpira ngn miwa piljah ke?
Dah ler laki ko 1 malaysia tengah benci
Puikkk! Simpan jela sweet2 ko tu berdua, takpun citer kat mak mertua ko
Tu pun kalau dia nak dengar
Quote laksmanabentan 10-12-2020 01:24 PM
Kurex replied at 10-12-2020 10:52 AM
Oooohhh tu yg try bolot harta sampai dapat tu kan?

selagi boleh try, try ler.... kot2 berhasil kan....
Quote underground 10-12-2020 02:04 PM
reporter zaman now ni lagi netizen benci orang tu lagi galak di cover orang tu.

sama kes girl kacuk ala rohingya yang kata tak suka lelaki melayu tu, lagi netizen marah, makin bersepah cerita dia kat news feed.

Quote Sachacha 10-12-2020 02:06 PM
Menguapnya cter pasal laki bini kepam ni
Quote EvieWanKenobi 10-12-2020 03:31 PM
no wonder..
Quote ikanmasin 10-12-2020 05:18 PM
alahai prisip laki ko tu kisahnya selagi tak abis susun kira tak settle lah kan.hahaha
Quote bolamata 10-12-2020 08:24 PM
i tak bole tengok muka dia... biadapnya dia masa dia up status dekat instagram dulu yang marah2 kan akak iparnya...
Quote YomiuriLandMae 10-12-2020 08:42 PM
"Dia punya prinsip... selagi dia tak dapat selagi itulah dia akan try! Akhirnya Alhamdulillah sampai sekarang diberikan amanah dari-Nya yang tiada nilainya iaitu si tanje, arwah adik Ainul dan adik Syed buat masa ini,"

Try nak dapatkan harta arwah abam ke? tp mmg nmpk la prinsip heols..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.063835 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top