Ketika sedang menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata kedua, pelakon Faye Kusairi berdepan detik cemas apabila secara tiba-tiba diserang Bell Palsy atau pun kelumpuhan pada otot muka.
Bagaimanapun, menurut Faye, dia kini telah pun dibenarkan untuk keluar daripada hospital dan sedang di dalam proses untuk pulih.
“Alhamdulillah saya telah dibenarkan pulang. Saya telah dimasukkan ke hospital pada minggu lalu selepas disahkan mengalami serangan Bell Palsy ketika sedang menggosok gigi. “Saya masih belum sembuh sepenuhnya, masih dalam progress untuk pulih. Separuh muka bahagian kanan saya lumpuh sejak Jumaat lalu dan telah menjalani rawatan dengan pakar neurologi. “Sekarang saya dapat gerakkan sedikit otot muka saya. Syukur alhamdulillah,” tulisnya. Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, 7 Hari Mencintaiku 2 itu menerusi akaun Instagram miliknya. Dalam pada itu, Faye turut menegaskan dia tetap akan menjalani sesi rawatan dan berharap agar dirinya dapat sembuh seperti sedia kala.
“Memandangkan saya kini hamil 38 minggu, saya meneruskan rawatan dan berehat di rumah. “Mohon doakan kesihatan saya diteruskan dengan baik dan dipermudahkan serta cepat sembuh,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut terkejut mendengar perkhabaran tersebut selain turut menitipkan doa semoga semuanya baik-baik sahaja buat Faye. Terdahulu, Faye telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Azmi Hatta pada tanggal 9 April 2017 dan telah pun dikurniakan sorang anak lelaki yang diberi nama Alif Azmi. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|