Kerajaan masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja berhubung fatwa penggunaan vaksin Covid-19 dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai fatwa vaksin Covid-19 itu sudah dipersembahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas mesyuarat muzakarah berkenaan minggu lalu. "Selepas mendapat perkenan dan persetujuan, kita akan uar-uarkan sebab fatwa ini bukan untuk disembunyikan. Kita ikut tertib-tertibnya," katanya selepas menyampaikan 80 pek bantuan sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kepada penghantar makanan, pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan, di sini, hari ini. Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas itu bersidang pada 3 Disember lalu bagi membincangkan isu berkenaan sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja.
Pada majlis hari ini, Zulkifli turut melancarkan Bilik Gerakan Bencana Banjir Yadim yang diwujudkan bagi menyelaras usaha membantu mangsa yang terjejas akibat bencana itu. Dalam ucapannya, beliau meminta Yadim untuk memohon bantuan sebanyak RM500,000 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) di bawah bantuan asnaf sebagai tambahan kepada peruntukan sedia ada. Zulkifli juga berkata, walaupun usaha membantu mangsa banjir diselaraskan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), namun inisiatif Yadim dan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain dapat membantu kerajaan menggerakkan penyampaian bantuan kepada golongan yang memerlukan. "Saya juga mahu kolaborasi dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang arif mengenai banjir. Kalau boleh kita belajar daripada pengalaman mereka," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Nham22 replied at 13-12-2020 04:39 AM
Dalam vaksin ni depa buh apa sampai jatuh haromm.. Ke mcmane iols xreti
FOTHER-MUCKER replied at 13-12-2020 08:54 PM
Biasanya vaccine ni dibuat dari telur ayam tetapi untuk Covid19 saya tak pasti!
Nham22 replied at 13-12-2020 04:58 AM
Betula ka....atau hang sengaja nak pekena aku... Hahahaha.... Telur ayam?? Mcmane boleh jd vaksin? ...
Nham22 replied at 13-12-2020 08:39 PM
Dalam vaksin ni depa buh apa sampai jatuh haromm.. Ke mcmane iols xreti
kakikuDibibirmu replied at 13-12-2020 09:12 PM
Kebanyakan vaksin mesti dicampur dengan bahan yang derived from babi
star_karat replied at 13-12-2020 09:31 PM
Ada jer ubat buat dari enzymes babi tapi di harus kan ambik oleh orang muslim. Klu tak ambik jadi mu ...
ADVERTISEMENT