Tindakan segelintir netizen menulis komen melampau dan tidak beradab di laman sosial ketika mengulas sesuatu isu sensitif di media sosial menimbulkan rasa kurang senang penyanyi Zizi Kirana.
Zizi berkata segelintir mereka tergamak meninggalkan komen sedemikian tanpa mempedulikan perasaan orang lain terutama individu yang terpalit dalam kontroversi berkenaan. Justeru itu, penyanyi lagu Eh ini menegur sikap segelintir mereka yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat dan menghukum seseorang tanpa belas ihsan. "Nak tegur sikit... saya lihat semakin hari semakin ramai yang gemar bagi kritikan dan pandangan tentang kehidupan orang lain di sosial media. Apa sahaja isu, pasti ada yang akan bagi kritikan dan menjadi hakim!
Zizi kecewa baca komen tidak beradab netizen. "Kalau membina tak apa... tapi kebanyakannya bila baca komen mereka rasa seram pun ada! Mereka ini seolah-olah macam tak pernah diajar apa itu adab. "Sebenarnya komen mereka lebih kepada kurang ajar, agaknya dah bosan sangat ke hidup ini sampai banyak masa nak jaga hidup orang lain?" katanya kepada mStar.
|
farahasyiqin replied at 10-12-2020 01:49 PM
hhmmm cakap pasal adab , tapi aksi2 kamu yg tak beradab sebagai muslim mcm mana pulak, oh ya keluarg ...
ashcroft86 replied at 10-12-2020 02:02 PM
Yerp, who are you nak tegur2 stranger? Sheols xkenal pon uols? Who do you think you are?
And ne ...
tobobon replied at 10-12-2020 03:50 PM
dlm ajaran isle versi meleis,
any kemungkaran (katanya) harus ditegur..supaya bila dah mati nan ...
ashcroft86 replied at 10-12-2020 05:53 PM
Sampai skrang xfaham netizen gigih nau mengomen kt socmed celebrities ni, byknye masa theyols, lik ...
putehkundor replied at 10-12-2020 04:43 PM
jujurnya aku suka je ngan zizi... biarlah seksi maut pun..
yg penting jadi diri sendiri.
ADVERTISEMENT