Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam Indikator Pertanian Terpilih 2020 baru-baru ini, Perak berjaya menjadi ‘juara’ penternakan babi secara komersial pada 2019, lapor Utusan Malaysia. Dengan angka sebanyak 545,258 ekor babi yang diternak di Perak, negeri dengan lebih 2 juta penduduk ini berjaya mengatasi Sarawak di tempat kedua dengan 427,037 ekor babi. Manakala Pulau Pinang (320,165), Selangor (265,847), Johor (262,178), Sabah (84,055) dan Melaka (41,328) melengkapkan senarai teratas negeri dengan ternakan babi paling banyak. Data ternakan babi ini turut dikongsi oleh laman Twitter Perak Power dan telah mendapat reaksi pelbagai daripada rakyat Malaysia – terutamanya mereka yang berasal dari Perak.
Nona dalam ciapannya di laman Twitter turut mengimbau kenangan di zaman sekolah, “Patut lah dulu kalau balik sekolah, ade lah jugak moment terindah bas sekolah potong lori yang bawa babi. Tak tahu lah nak bangga ke apa sekarang,” katanya. Bagi Adamzul pula, dia menyatakan, “Daging babi merupakan satu sumber protein. Haram cuma kepada Orang Islam. Malaysia terdiri daripada banyak agama. Demand terhadap daging babi tinggi. Oleh itu, lebih banyak penghasilan lebih banyak keutungan,” tulisnya. Melalui data tersebut juga, Kelantan muncul negeri paling sedikit yang menternak babi iaitu 84 ekor sahaja sepanjang tahun lalu diikuti oleh Negeri Sembilan (629), Kedah(1,911) dan Pahang (3,893). Antara tempat yang menunjukkan sifar ternakan babi pula adalah di Terengganu, Perlis dan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Untuk rekod, Perak juga turut muncul sebagai negeri paling banyak ternakan itik iaitu 7,463,087 ekor pada tahun lalu jauh meninggalkan Johor dengan 1,096,806 ekor. Sumber : TheVocket |
rastaf replied at 10-12-2020 03:58 PM
apa rasa makan babi eh..sedap sangat ke
dani-rox: Selaku bekas pemakan babi, pendapat ai bahagian three layer nya yg sedap. btw kalau Hindu tanya, sedap sangat ke makan daging lembu?
dua_chzy replied at 10-12-2020 09:45 PM
Semua bahagian ngok2 sedap bagi ai. Telinga, kaki, organ dalaman, idung, lidah - kalau reti masa ...
dani-rox replied at 11-12-2020 01:24 AM
Kaum kanibal pun setuju dgn kenyataanmu itu sis, daging manusia rasa mcm babi katanya.
dani-rox replied at 10-12-2020 07:19 PM
Selaku bekas pemakan babi, pendapat ai bahagian three layer nya yg sedap. btw kalau Hindu tanya, s ...
rastaf replied at 11-12-2020 02:35 AM
bekas pemakan babi? maksdnya sekarang dah tak makan ke
three layer tu apa.. bahagian rimau te ...
dua_chzy replied at 11-12-2020 01:49 AM
Apa tak sedap dah lapisan lemak manusia pon menyerupai lapisan lemak babi. Harus mengancam merecik ...
dani-rox replied at 11-12-2020 02:56 AM
Perut babi
ADVERTISEMENT